Selamat Menyambut Hari Telekomunikasi & Masyarakat Berinformasi Sedunia 2021

“Accelerating Digital Transformation In Challenging Times”

#NormaBaru #KitaBersama #MajuTerusPahang #Pahang1st #ThisIsPahang

Majlis Penyerahan Kedai PKPP RTP Sg. Ular, Lipis telah disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar, Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Jelai dan Pengerusi PKPP kepada usahawan PKPP. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Dif-dif Kehormat, Ketua-ketua Jabatan, Agensi-agensi, Pengurusan PKPP, JKKK RTP Sg. Ular dan para tetamu.

Keprihatinan YAB. Menteri Besar dalam membantu usahawan luar bandar khususnya di RTP Sg. Ular diterjemahkan dengan pembinaan kedai ini yang melibatkan kos berjumlah RM472,001.00 melalui peruntukan yang disalurkan oleh KPLB. PKPP selaku agensi rangkaian KPLB diamanahkan sebagai agensi pelaksana untuk projek ini.

YAB. Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada 4 usahawan PKPP, tabung khas RM3,000 kepada JKKK RTP Sg. Ular manakala satu unit mesin pengadun 10L kepada seorang usahawan PKPP.

Sebelum majlis berakhir, YAB. Menteri Besar berkesempatan melakukan lawatan ke kedai usahawan bagi melihat perniagaan yang diusahakan. Semoga inisiatif dan sokongan yang diberikan oleh Kementerian dan Kerajaan Negeri dapat membantu usahawan dalam meningkatkan taraf hidup dan ekonomi luar bandar.

PIK RTP Sungai Ular mengucapkan takziah di atas kejadian dua beranak yang lemas akibat bot karam, iaitu penduduk Kampung Bertang,Mukim Ulu Jelai. Kejadian tersebut berlaku pada 4 Januari 2021 pada jam 1.25 Petang. Dalam kejadian tersebut, pasangan suami isteri serta dua orang anak perempuan mereka dikatakan telah menaiki bot persendirian untuk melihat keadaan rumah mereka yang telah dinaiki air akibat banjir yang melanda, namun tidak kesampaian apabila bot yang mereka naiki telah terbalik dan mengakibatkan keempat-empat mangsa ditenggelami arus banjir. Dua orang daripada empat mangsa tersebut sempat menyelamatkan diri, manakala ibu dan seorang lagi anak perempuan mereka dibawa arus Sungai Jelai yang masih deras. Operasi menyelamatkan mangsa masih diteruskan sehingga ke hari ini. Semoga operasi pencarian tersebut akan berakhir dengan penemuan dua lagi mangsa yang hilang.

Sumber : Penghulu Mukim Ulu Jelai

e-Latih tawar kursus latihan percuma untuk rakyat. Hab e-pembelajaran ini dapat membantu pekerja meningkatkan kemahiran untuk mencari pekerjaan terutamanya kepada mereka yang terkesan dengan Covid-19. Hal ini kerana Kementerian menyediakan lebih 200 kursus latihan berasaskan keperluan industri di Malaysia. Komuniti yang berminat boleh melayari laman web elatih.hdrf.com.my

Baru-baru ini, wakil JKKK dan Belia Cawangan RTP Sungai Ular telah mengadakan Program Santai Ziarah Kasih ke rumah komuniti yang tidak berupaya, iaitu sakit terlantar dan kurang sihat untuk melaksanakan aktiviti harian, apatah lagi untuk mencari pendapatan. Ziarah Kasih ini juga bertujuan untuk menyantuni dan bertanya khabar mereka serta menyalurkan sedikit sebanyak bentuk bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan. Rumah yang diziarahi ialah Cik Azizah yang terlantar sakit akibat penyakit diabetis yang dihidapinya serta rumah Puan Rosiah Binti Wok, iaitu ibu tunggal yang kurang sihat.