ASAL SILAT
Tanpa Nama, Bentuk dan Rupa.
Tiada Umpama dan Tiada Batasnya,
Gerakmu, Gerakku Jua.
Gerak silat asalnya Ilham
Lalu disimpan di dalam Bunga
Dari bunga terbitnya Buah.
Perkataan Silat bermaksud seni beladiri yang membawa maksud ilmu pergerakan mempertahankan diri yang melibatkan permainan senjata atau tangan kosong. Silat memiliki maksud yang sama dengan Wushu yang bermaksud ilmu berlawan. Perkataan Silat sinonim dengan seni beladiri dari Nusantara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, Borneo dan keseluruhan negara-negara Asia Tenggara. Menurut Kamus Dewan, tipu muslihat disebut sebagai elak, mengikut loghat utara Tanah Melayu disebut elat. Terdapat teori mengatakan perkataan Silat bersal dari si-ilat (orang yang pandai muslihat).
PERSATUAN SENI SILAT PUKULAN PUSAKA ALAM merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk memberi ilmu persilatan kepada para belia, remaja dan kanak-kanak terutamanya yang berminat.
Oleh yang demikian, JKKK Sungai Ular menyambut baik kedatangan tenaga pengajar silat dan dan tertubuhnya Gelanggang Seni Silat Sungai Ular pada 29 Ogos 2020 dengan penyertaan oleh para belia dan kanak-kanak dengan tunjukajar khas daripada Paduka Guru Pengasas 2, Datuk Paduka Setia Wira Alam Sakti.
{galleri}persatuansenisilatpusakaalam{/gallery}