Baru-baru ini, wakil JKKK dan Belia Cawangan RTP Sungai Ular telah mengadakan Program Santai Ziarah Kasih ke rumah komuniti yang tidak berupaya, iaitu sakit terlantar dan kurang sihat untuk melaksanakan aktiviti harian, apatah lagi untuk mencari pendapatan. Ziarah Kasih ini juga bertujuan untuk menyantuni dan bertanya khabar mereka serta menyalurkan sedikit sebanyak bentuk bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan. Rumah yang diziarahi ialah Cik Azizah yang terlantar sakit akibat penyakit diabetis yang dihidapinya serta rumah Puan Rosiah Binti Wok, iaitu ibu tunggal yang kurang sihat.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/jkkk/1184-ziarah-kasih-wakil-jkkk-dan-belia-sg-ular#sigFreeId46af1be1c5