Pada 10 Januari 2018, berlangsung majlis santapan dan jamuan malam di Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis sebagai sambutan rasmi keberangkatan tiba YM Tengku Hassanal Ibrahim ke Daerah Lipis. Majlis turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, Ahli Parlimen Lipis, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Daerah Lipis, penghulu, ketua kampung serta ketua masyarakat dari seluruh Daerah Lipis. YM Tengku Hassanal Ibrahim telah turut dipersembahkan dengan pencak silat, tarian kebudayaan tradisional masyarakat Melayu dan alunan nyanyian oleh penyanyi tempatan sepanjang majlis santapan berlangsung. Majlis santapan berakhir pada pukul 10.00 malam. 

Sumber : JKKK RTP Sungai Ular

Pada 17 November 2017, pihak JKKK RTP Sungai Ular telah mengikuti Program Dashboard Komuniti. Melalui program ini, mereka diberi penerangan mengenai modul-modul yang telah disediakan di dalam Dashboard Pi1M. Mereka juga diberi bimbingan untuk membuat aduan di dalam aplikasi tersebut. Selain itu, mereka turut menjawab soalan kuiz yang telah disediakan di dalam Dashboard Komuniti tersebut.

Pada 03 September 2017, iaitu hari raya korban yang ke3, pihak JKKK RTP Sungai Ular telah mengadakan program ibadah korban. Gotong-royong penyembelihan telah dilakukan oleh semua ahli jawatankuasa JKKK itu sendiri. Daging yang telah siap dipotong telah diagih-agihkan ke setiap rumah atau komuniti RTP Sungai Ular. 

Pada 18 Oktober 2017 yang lalu telah berlangsungnya Program Mengacau Bubur Assyura ditaja sepenuhnya oleh Tabung Masjid RTP Sungai Ular. Program yang saban tahun dilakukan ini sempena dengan sambutan bulan Islam pada setiap tahun, iaitu Bulan Muharram. 

AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) JELAI

PENGHULU MUKIM JELAI

JKKK RTP SUNGAI ULAR TAHUN 2017

AKTIVITI JKKK

Mesyuarat JKKK telah diadakan pada minggu ketiga setiap bulan. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyusun atur aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di kampung dan melibatkan semua komuniti setempat.

MAJLIS BERBUKA PUASA KOMUNITI RTP SG ULAR

Majlis berbuka puasa ini diadakan di Masjid RTP Sungai Ular dengan kerjasama JKKK RTP Sungai Ular. Tetamu jemputan yang hadir adalah Adun Jelai, YB Dato' Seri Wan Rosdy Bin Wan Ismail. Juadah untuk berbuka puasa telah dilaksanakan secara gotong-royong oleh penduduk RTP Sungai Ular.

 GOTONG-ROYONG KAWASAN MASJID 

Pada 06 Ogos 2017 satu gotong-royong telah diadakan oleh komuniti kampung RTP Sungai Ular untuk menebang pokok di kawasan masjid. Hal ini kerana pihak masjid akan membina pagar yang baru di sekitar masjid tersebut.