Jika sebelum ini pertubuhan organisasi kampung lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tetapi kini dikenali sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Kuasa dan urusan bagi pelantikan, pertukaran dan penamatan anggota MPKK ini adalah di bawah kuasa kerajaan negeri dan pentadbiran di bawahnya.