PIK RTP Sungai Ular mengucapkan takziah di atas kejadian dua beranak yang lemas akibat bot karam, iaitu penduduk Kampung Bertang,Mukim Ulu Jelai. Kejadian tersebut berlaku pada 4 Januari 2021 pada jam 1.25 Petang. Dalam kejadian tersebut, pasangan suami isteri serta dua orang anak perempuan mereka dikatakan telah menaiki bot persendirian untuk melihat keadaan rumah mereka yang telah dinaiki air akibat banjir yang melanda, namun tidak kesampaian apabila bot yang mereka naiki telah terbalik dan mengakibatkan keempat-empat mangsa ditenggelami arus banjir. Dua orang daripada empat mangsa tersebut sempat menyelamatkan diri, manakala ibu dan seorang lagi anak perempuan mereka dibawa arus Sungai Jelai yang masih deras. Operasi menyelamatkan mangsa masih diteruskan sehingga ke hari ini. Semoga operasi pencarian tersebut akan berakhir dengan penemuan dua lagi mangsa yang hilang.

Sumber : Penghulu Mukim Ulu Jelai