Pada 4 Ogos 2020, Pemangku Raja Pahang, KDYMM Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi putera raja pertama berjaya sampai ke puncak Gunung Tahan di Lipis dekat sini yang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin merakamkan ucapan tahniah kepada KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di atas kejayaan menawan puncak gunung berkenaan. Beliau sangat berbangga dengan kejayaan Pemangku Raja Pahang sampai ke puncak Gunung Tahan yang setinggi 2,187 meter. Hal ini kerana Eksesais Kembara Makmur berjaya mencipta rekod KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah putera raja pertama berjaya menawan puncak Gunung Tahan, Oleh hal yang demikian, kejayaan Pemangku Raja Pahang merupakan satu titik tolak menunjukkan baginda begitu menyokong pelancongan domestik apabila menjadikan Gunung Tahan sebagai destinasi pilihan.