Pada 7 Oktober 2019, Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek telah melancarkan Karnival Kesenian dan Kebudayaan yang dirasmikan oleh GPK Pentadbiran, iaitu Puan Noriah Binti Nor. Aktiviti diteruskan pada 8, 9 dan 10 Oktober 2019. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Persembahan Teater, Permainan Futsal (Berkain Pelekat), Baling Bola ( Tuju Selipar), Decok Ambak dan juga Pameran Kesenian kreativiti para pelajar dan guru-guru. 

Sempena Ogos bulan kemerdekaan ke62 dan September sambutan Hari Malaysia.Sekolah Kebangsaan Kg.Keledek telah mengadakan berbagai aktiviti dan program untuk meraikan dan memperingati sejarah kemerdekaan kepada guru,ibubapa dan pelajar . Dengan hastag #namamudipuncak ,Sambutan tahun ini disambut dengan meriah dengan pelbagai acara dan aktiviti, antaranya adalah:, 

12 September 2019

Pertandingan Pakaian paling Patriotik & Basikal berhias kemerdekaan

17 September 2019 

Ceramah Motivasi pelajar &Ibubapa  dan Pertandingan persembahan lagu kemerdekaan 

18 September 2019

 Perarakan kemerdekaan, sambutan hari lahir guru & pelajar bulan ogos & September,Persembahan pemenenang lagu kemerdekaan,ucapan Guru besar dan Majlis penutupan bulan kemerdekaan dan penyampaian hadiah.

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek telah merangka dan merancang pelbagai pertandingan yang akan disertai oleh para pelajar. Antaranya perhiasan basikal dengan bendera Malaysia untuk dijadikan perarakan sebelum sesi pertandingan dalam dewan dimulakan. Selain itu juga, terdapat pertandingan pakaian beragam yang mana akan disertai oleh para pelajar tahap 1. Pelbagai aktiviti sempena kemerdekaan ini amat sesuai diadakan untuk memupuk semangat kemerdekaan di dalam jiwa para pelajar. 

Sambutan Perayaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 3 Julai 2019 di Dataran Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek.