Sempena Bulan Kemerdekaan ini, pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek telah merangka dan merancang pelbagai pertandingan yang akan disertai oleh para pelajar. Antaranya perhiasan basikal dengan bendera Malaysia untuk dijadikan perarakan sebelum sesi pertandingan dalam dewan dimulakan. Selain itu juga, terdapat pertandingan pakaian beragam yang mana akan disertai oleh para pelajar tahap 1. Pelbagai aktiviti sempena kemerdekaan ini amat sesuai diadakan untuk memupuk semangat kemerdekaan di dalam jiwa para pelajar. 

 

Sambutan Perayaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 3 Julai 2019 di Dataran Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek. 

Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek pada 30 April 2019 baru-baru ini juga merupakan Program Sanjungan Budi, Seikhlas Kasihmu Cikgu di atas persaraan salah seorang guru yang diadakan dalam satu majlis.

"Jasamu Dikenang" itulah ungkapan yang paling sesuai dan sangat bermakna untuk seorang guru. Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan untuk semua murid di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek dan sentiasa memberi sokongan kepada setiap Program Pusat Internet RTP Sungai Ular. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan. 

{gallery}sambutanharidanpersaraanguru{//gallery}

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sistem pendidikan yang baru diperkenalkan dengan menghapuskan sistem peperiksaan bagi pelajar-pelajar Tahap 1 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun 2019.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut.

Oleh hal yang demikian, pentadbir setiap sekolah akan memanggil semua ibu bapa dan penjaga untuk memberi penerangan dan kaedah penilaian yang telah dibuat oleh setiap guru kepada para pelajarnya. Hal ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang efektif kepada para ibu bapa dan penjaga.

Dunia digital yang semakin berkembang membuatkan ramai dari kita sekarang ini boleh belajar secara online. Boleh dikatakan pembelajaran secara online ini meliputi segala bidang baik dari segi pengaturcaraan, alat muzik, pembuatan video, memasak dan apa saja. Terdapat banyak platform untuk belajar secara percuma walaupun ada platform yang berbayar. Oleh sebab itu, bagi para ibu bapa yang mencari platform ulangkaji pelajaran secara digital boleh melayari sebahagian dari platform belajar online yang percuma yang kami rasakan sangat bagus. Selain itu juga, para ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke Pusat Internet RTP Sungai Ular untuk menyertai kelas ulangkaji pelajaran bersama dengan kawan-kawan yang lain.

1. https://quizizz.com/admin

2. https://www.gamestolearnenglish.com

3. http://pencil.my

4. https://skorgreda.com/

5. http://www.iukaji.com

6. http://www.tutor.com.my/