Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sistem pendidikan yang baru diperkenalkan dengan menghapuskan sistem peperiksaan bagi pelajar-pelajar Tahap 1 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun 2019.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut.
Oleh hal yang demikian, pentadbir setiap sekolah akan memanggil semua ibu bapa dan penjaga untuk memberi penerangan dan kaedah penilaian yang telah dibuat oleh setiap guru kepada para pelajarnya. Hal ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang efektif kepada para ibu bapa dan penjaga.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan/707-pentaksiran-bilik-darjah#sigFreeIde46650b3e3