Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sistem pendidikan yang baru diperkenalkan dengan menghapuskan sistem peperiksaan bagi pelajar-pelajar Tahap 1 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun 2019.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut.

Oleh hal yang demikian, pentadbir setiap sekolah akan memanggil semua ibu bapa dan penjaga untuk memberi penerangan dan kaedah penilaian yang telah dibuat oleh setiap guru kepada para pelajarnya. Hal ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang efektif kepada para ibu bapa dan penjaga.

Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek pada 30 April 2019 baru-baru ini juga merupakan Program Sanjungan Budi, Seikhlas Kasihmu Cikgu di atas persaraan salah seorang guru yang diadakan dalam satu majlis.

"Jasamu Dikenang" itulah ungkapan yang paling sesuai dan sangat bermakna untuk seorang guru. Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan untuk semua murid di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek dan sentiasa memberi sokongan kepada setiap Program Pusat Internet RTP Sungai Ular. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan. 

{gallery}sambutanharidanpersaraanguru{//gallery}

 

Permohonan PraSekolah Online E PraSekolah

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2020

Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi sesi persekolahan tahun 2020  dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019 melalui dua kaedah:

  1.  Permohonan  secara atas talian boleh dibuat melalui https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019. Pemohon perlu:
  2. muat turun dan fahami manual pengguna;
  3. daftar pengguna dan simpan / cetak maklumat pengguna (katalaluan);
  4. lengkapkan maklumat permohonan;
  5. cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi;
  6. serah borang permohonan yang telah lengkap diisi serta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup
  1.  Permohonan manual boleh dibuat mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019. Pemohon perlu:
  2. mengambil borang permohonan di sekolah yang dipohon
  3. lengkapkan borang permohonan
  4. sediakan dokumen yang diperlukan
  5. hantar borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup

Syarat permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kanak-kanak yang lahir antara 02.01.2014 – 15.01.2016

Dunia digital yang semakin berkembang membuatkan ramai dari kita sekarang ini boleh belajar secara online. Boleh dikatakan pembelajaran secara online ini meliputi segala bidang baik dari segi pengaturcaraan, alat muzik, pembuatan video, memasak dan apa saja. Terdapat banyak platform untuk belajar secara percuma walaupun ada platform yang berbayar. Oleh sebab itu, bagi para ibu bapa yang mencari platform ulangkaji pelajaran secara digital boleh melayari sebahagian dari platform belajar online yang percuma yang kami rasakan sangat bagus. Selain itu juga, para ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke Pusat Internet RTP Sungai Ular untuk menyertai kelas ulangkaji pelajaran bersama dengan kawan-kawan yang lain.

1. https://quizizz.com/admin

2. https://www.gamestolearnenglish.com

3. http://pencil.my

4. https://skorgreda.com/

5. http://www.iukaji.com

6. http://www.tutor.com.my/

Bagi para pelajar yang ingin membuat permohonan memasuki mana-mana Institusi Pengajian Awam boleh terus mendaftar di pautan ini selepas membeli nombor PIN di Bank Simpanan Nasional. Berikut merupakan pautan tersebut http://upu.moe.gov.my/web/