Tidak dinafikan bahawa pendidikan adalah unsur terpenting dalam membina modal insan yang berkualiti. Bagi anak-anak tempatan di RTP Sg Ular, jarak sekolah yang sejauh hampir 3.5km dari kawasan kediaman bukan alasan untuk tercicir daripada kenikmatan pembangunan negara. Buktinya, ramai generasi kedua RTP Sg Ular telah berjaya melanjutkan pendidikan hingga ke tahap yang boleh dibanggakan. Antara Institusi pendidikan yang terdekat dengan Kampung RTP Sg Ular adalah:

  • Tabika Kg. Keledek
  • Pasti Kg Keledek
  • Sek Keb Kg Keledek
  • Pasti Ilmi Felda Sg Koyan 3
  • Sekolah Menengah Terdekat - Sek Men Keb (F) Sg Koyan
  • Sekolah Premier Terdekat - Sek Men Clifford
  • Giatmara Felda Sungai Koyan 
  • Kolej Komuniti Kuala Lipis
  • IPG Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis

 

TADIKA KEMAS KAMPUNG KELEDEK

Jabatan Kemajuan Masyarakat dikenali dengan nama (KEMAS) yang merupakan singkatan daripada ‘Kemajuan Masyarakat'. KEMAS pada asalnya dikenali dengan nama Bahagian Pelajaran Dewasa. Ia ditubuhkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien pada tahun 1961 melalui satu majlis yang diadakan di Rumah Persekutuan. Rasional penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa pada waktu tersebut diwujudkan setelah negara mencapai Kemerdekaan pada 1957 di mana satu bancian yang telah dilakukan pada tahun yang sama dan didapati seramai 1,868,948 orang dewasa dan 2,379,213 orang kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu membaca dan menulis. Tidak terkecuali di Kampung Keledek juga telah dibina kemudahan Tadika KEMAS untuk memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak di kampung keledek khususnya dan kampung-kampung sekitar amnya.

 

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KELEDEK

Menurut pakar Persatuan Sejarah Daerah Lipis, Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek ditubuhkan pada tahun 1935.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (F) SUNGAI KOYAN

Ditubuhkan pada tahun 1972 yang didominasi oleh anak-anak peneroka Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3 serta penduduk sekitarnya.

 

PASTI SABIL MUHTADIN KAMPUNG KELEDEK

Ditubuhkan pada Disember 2016 dengan jumlah pelajar seramai 16 orang yang terdiri daripada pelajar umur 4 sehingga 6 tahun. Pasti Sabil Muhtadin ini ditadbir oleh dua orang Guru, iaitu Ustazah Mariati Binti Ismail dan juga Pembantu beliau, Siti Aisyah Binti ABdul Malek. Tapak bangunan Pasti Sabil Muhtadin ini berasal daripada bangunan surau lama yang kemudiannya telah diubahsuai menjadi salah sebuah institusi pendidikan di kawasan Kampung Keledek. Kedudukannya adalah berhampiran jalan utama menghala ke Kampung Bukit Betong.

 

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU YON

Penubuhan sekolah di Mukim Batu Yon telah bermula sebelum Perang Dunia Pertama, kira-kira pada tahun 1914. Penubuhan sekolah ini telah diasaskan oleh Yang Mulia Dato’ Wan Mohamad, Dato’ Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai. Pentadbiran sekolah ini adalah di bawah naungan Kerajaan British. Pada masa itu Sir Hugh Clifford menjadi Residen Inggeris yang Pertama di Pahang. Di peringkat awal penubuhan sekolah ini bangunan sekolah hanyalah sebuah bangsal yang dibina secara bergotong - royong dan memuatkan seramai 25 hingga 40 orang murid . Guru pertama yang mengajar di sekolah ini ialah Cikgu Kassim Bin Ali yang berasal dari Mela. Dalam tahun 1962, bangunan sekolah telah dipindahkan ke Bukit Belulang yang terletak berhampiran Makam Keramat Yon iaitu orang yang mula-mula membuka Kampung Batu Yon dan sempena memperingati jasa beliau nama sekolah ini dinamakan sebagai SK Batu Yon. Pada tahun 1974 sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Bukit Betong untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah sebuah bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1981 dan telah siap di bina pada 23 Mei 1981. Pada tahun 2001 sebuah bangunan baru tiga tingkat telah di bina. Ianya siap dan mula beroperasi pada tahun 2003.

*Sumber perpustakaan sekolah

 

PUSAT GIATMARA CAMERON HIGHLANDS

Giatmara Cameron Highlands telah ditubuhkan pada bulan 1 November 2007. Pusat ini ditubuhkan di bawah pengawasan Kementerian Kemajuan Luar Wilayah (KKLW) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tapak asal giatmara ini adalah sebuah bangunan Tadika KEMAS Felda Sungai Koyan 3, namun demikian pihak Felda telah memberi kebenaran untuk bangunan ini dijadikan sebuah pusat Giatmara. Sehingga sekarang Giatmara ini masih berkongsi kawasan dengan tadika tersebut. Manakala Bengkel Juruteknik Motosikal beroperasi di rumah kongsi bekas pekerja felda. Pusat Giatmara ini menawarkan dua jenis kursus Kursus Teknologi Motosikal Dan Kursus Fashion Design And Dressmaking.

Objektif penubuhan Melahirkan pekerja mahir yang mempunyai tanggungjawab persendirian dan autonomi, mempunyai cirri-ciri keusahawanan di samping berakhlak , berdisiplin serta bersemangat patriotik.

*Sumber daripada Pengurus Giatmara Cameron Highlands

KOLEJ KOMUNITI CAAWANGAN LIPIS

Kolej Komuniti Cawangan Lipis ditubuhkan pada tahun 2007 dengan menumpang di Kolej Komuniti Temerloh selaku Kolej Komuniti induk dan mula beroperasi pada 4 Januari 2010.Kolej Komuniti ini terletak bersebelahan dengan Hotel Lipis Valley Inn dan berhadapan dengan Driving Range

Objektif utama penubuhan Kolej Komuniti Cawangan Lipis ialah untuk memberi pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti kepada semua peringkat masyarakat bagi menyediakan mereka ke alam pekerjaan mahupun memberikan peluang- peluang menambahkan

Kolej Komuniti Cawangan Lipis menawarkan kursus sepenuh masa iaitu kursus SIJIL MODULAR KEBANGSAAN: PENGENDALIAN PELANCONGAN.
Selain itu, Kolej Komuniti ini juga menjalankan kursus pendek bersesuaian dengan permintaan tempatan. Pelbagai kursus pendek ditawarkan seperti kursus komputer, pelancongan dan pengembaraan, kraftangan, andaman, jahitan dan sebagainya.