Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia bagi sesi persekolahan 2021 telah dibuka pada 21 Ogos 2020 sehingga 20 Oktober 2020 . Ibu bapa dan para guru boleh mendaftarkan kemasukan pelajar-pelajar yang berminat menerusi pautan https://essem.moe.gov.my/ tertakluk kepada syarat-syarat yang telah disediakan.

AMALKAN CARA HIDUP SIHAT. KERAP CUCI TANGAN DENGAN BETUL
 

Budaya membasuh tangan hendaklah dipraktikkan dalam kalangan semua peringkat umur. Kanak-kanak khususnya mudah terdedah pada penyakit berjangkit kerana mereka kurang berhati-hati ketika menggosok mata atau mengesat hidung selepas menyentuh benda atau individu lain.

Oleh itu, mereka perlu dididik mengenai kepentingan membasuh tangan dengan cara yang betul terutama sebelum makan dan selepas penggunaan tandas.

Kementerian Pendidikan turut mempraktikkan SOP Norma Baharu ini di setiap sekolah.

 
 
 
 

Komuniti yang berminat boleh menyertai pertandingan Video Pendek Sempena Minggu Sihat HePiLi anjuran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Minggu HePiLi (Health Promotion in Learning Institutions) merupakan acara tahunan yang disambut setiap 1 hingga 7 Julai dengan penglibatan murid, guru, ibubapa dan orang awam terutamanya di institusi-institusi pendidikan yang melaksanakan Program HePiLI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 24 Julai 2020.

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa sekolah akan di buka secara berperingkat tidak lama lagi..Jadikan #NewNorm di SEKOLAH agar penjarakan sosial dapat di jaga 👉👉 Makan di kelas, murid tidak perlu bersesak-sesak lagi di kantin.
Pernahkah anda dengar tentang Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS)❓
Program HiTS yang telah diperkenalkan semenjak tahun 2007 adalah salah satu aktiviti promosi pemakanan sihat yang disasarkan untuk murid. Pogram ini merupakan hidangan pakej makanan berkhasiat yang memenuhi keperluan kalori dan nutrien murid mengikut waktu makan di sekolah.
Jom cuba perkenalkan HiTS di sekolah anak-anak kita♥️ Tiada lagi sistem kantin konvensional. Menu yang telah di rancang dan dipantau oleh Nutritionist (Pegawai Pemakanan).
Menu yang disediakan:
💡memenuhi keperluan kalori harian
💡 tinggi nutrisi
💡 mengikut saiz hidangan yang tepat
📄 kalori setiap hidangan juga akan dipaparkan
👉👉LAGI KEBAIKAN HiTS...
Melalui Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS), anak-anak tidak lagi ➡️
❌ beratur panjang
❌ berebut-rebut untuk membeli makanan di kantin sekolah.
❌ membeli makanan yang tidak berkhasiat.
❌ gelisah bila hampir tiba waktu rehat kerana khuatir
makanan habis
❌ sedih melihat rakan mewah membeli makanan sedangkan
dirinya hanya mampu membeli sejenis makanan.
❌ Ibubapa tidak perlu bagi duit belanja
❌ Ibu-ibu tak lagi sibuk di awal pagi siapkan bekal anak
Malah ianya
✅ menjimatkan duit 💰
✅ menjimatkan masa ⏰
✅ anak-anak menjamu selera dengan lebih tenang dan tertib
✅ anak-anak dapat menikmati hidangan yang berkhasiat dan
seimbang.
✅ meningkatkan pengambilan sayur dan buah yang
pelbagai. 🥬🥒🍏🍐🍇
✅ anak-anak tidak perlu lagi gelisah jika makanan habis di
kantin
✅ anak-anak lebih gembira kerana rakan-rakan yang lain
juga menikmati hidangan yang sama
✅ anak-anak kembali ke kelas dengan lebih bersemangat
untuk meneruskan sesi pembelajaran
✅ guru-guru lebih tenang untuk mengajar👩🏻‍🏫
📞 Hubungi Pegawai Sains Pemakanan di Jabatan Kesihatan Negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Program HiTS di tempat anda.