Kementerian Pengajian Tinggi bekerjasama dengan syarikat-syarikat pengeluar peranti bagi menyediakan Pakej Bantuan Peranti secara bersasar kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi.

Manfaat ini telah dan bakal dikecapi oleh 8,965 orang pelajar yang mana 5,965 orang pelajar menerima unit peranti secara percuma, 300 unit peranti kepada pelajar secara pinjaman kewangan dan 2,700 unit peranti kepada penerima yang layak secara bantuan tunai.

Bantuan ini juga mendapat dana daripada Dana Universiti Awam, Tabung Haji, yayasan-yayasan, Tabung Kebajikan Pelajar, Zakat dan dana Wakaf.

#MalaysiaPrihatin

#KPTPrihatin

#PakejPelanDatadanPeranti