AMALKAN CARA HIDUP SIHAT. KERAP CUCI TANGAN DENGAN BETUL
Budaya membasuh tangan hendaklah dipraktikkan dalam kalangan semua peringkat umur. Kanak-kanak khususnya mudah terdedah pada penyakit berjangkit kerana mereka kurang berhati-hati ketika menggosok mata atau mengesat hidung selepas menyentuh benda atau individu lain.
Oleh itu, mereka perlu dididik mengenai kepentingan membasuh tangan dengan cara yang betul terutama sebelum makan dan selepas penggunaan tandas.
Kementerian Pendidikan turut mempraktikkan SOP Norma Baharu ini di setiap sekolah.