Kolej UIA Cawangan Kuala Lipis kini dibuka untuk memberi peluang kepada para pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma.

Temui pihak pentadbir kolej tersebut untuk mengetahui Program-program kemahiran Pusat Bertauliah Kolej UIA di 

PUSAT BERTAULIAH KOLEJ UIA KUALA LIPIS
No 3 Aras 1 Pusat Perniagaan Makmur (Atas kedai Al Ikhsan), KUALA LIPIS,PAHANG.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi 016-446 6630 (SHIRA)

 

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 dan 4 2023

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022. Pautan permohonan mula dibuka pada jam 10.00 pagi.

Sila layari Portal Rasmi MARA:
http://www.mara.gov.my

Program GENIUS Insan menganjurkan program Insan Junior Researchers International Conference 2022 (iJURECON 2022) pada 21- 23 Oktober 2022. Program ini merupakan program persidangan yang menyediakan platform untuk murid sekolah dan pelajar kolej berkongsi ilmu dan penemuan hasil penyelidikan mereka dalam bidang science, technology,religiosity, engineering, arts dan mathematics. Pendaftaran dibuka mulai 15 Julai 2022.
Permohonan untuk menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak GENIUS untuk tahun 2023 bermula 1 Jun hingga 30 september 2022. Program ini merupakan program pendidikan awal kanak-kanak untuk anak-anak bermula 0 hingga 4 tahun dengan menyasarkan anak-anak daripada keluarga yang tergolong dalam kumpulan B40.
pautan borang dan maklumat : https://bit.ly/permohonanPAGN