SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

>> PENDAHULUAN

1. Hari Belia Negara yang disambut 15 Mei setiap tahun merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.

2. Pertandingan Melukis Doodle ini diadakan sempena Hari Belia Negara 2024.

3. Inisiatif ini bertujuan mencungkil kreativiti seni anak muda untuk terlibat sama dalam sambutan Hari Belia Negara.

>> PENGANJUR

Majlis Belia Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan

>> TEMA

Yakin Boleh!

>> SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua belia Malaysia berumur 15 hingga 40 tahun.

2. Peserta boleh menghantar minimum satu (1) atau maksimum dua (2) penyertaan sahaja.

3. Medium yang dibenarkan adalah bebas. (Berwarna atau hitam putih)

4. Hasil karya mestilah asli dan idea sendiri.

5. Lukisan doodle adalah dalam saiz A4.

6. Peserta perlu memasukkan elemen ‘Yakin Boleh’, Hari Belia Negara dan Negeri Melaka dalam lukisan doodle.

7. Setiap peserta perlu mengisi maklumat penyertaan dan hasil karya hendaklah dimuatnaik (upload) dalam format PNG, PDF atau JPEG menerusi googleform https://shorturl.at/koBIY

8. Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan kreativiti lukisan yang mengikut tema, ringkas, ceria dan menarik.

9. Keputusan panel juri penilai adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dipertikaikan.

10. Semua hasil lukisan menjadi hak rasmi penganjur.

11. Pihak penganjur berhak menghubungi peserta yang terpilih untuk mendapatkan softcopy atau membuat pindaan atas lukisan tersebut.

12. Pertandingan ini berlangsung dari 5 hingga 25 April 2024 (Khamis), jam 12.00 malam.

>> HADIAH DOODLE TERBAIK

1. Hanya satu penyertaan sahaja akan dipilih dan pemenang akan menerima hadiah bernilai RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja)

2. Kesemua penyertaan akan menerima e-sijil penyertaan.

3. Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus setia melalui telefon, surat atau e-mel.

Urus Setia Pertandingan Melukis Doodle Hari Belia Negara 2024

D/a. Majlis Belia Malaysia

Wisma MBM, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2

Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

Tel : (03) 9173 2761/63

Faks : (03) 9173 2759

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

* Link logo-logo berkaitan :

https://drive.google.com/drive/folders/1h8zPGFomfdHpEcrWZkjRvYa00MX9yt6v?usp=sharing