Ianya bakal disiarkan menerusi TV Okey RTM bermula 6 April 2020 selama 2 jam pada setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, para pelajar dinasihatkan tidak melepaskan peluang untuk mengikuti subjek-subjek pembelajaran melalui saluran TV ini.

Untuk info lebih lanjut berkaitan dengan jadual rancangan boleh didapati di laman sesawang www.moe.gov.my atau di semua platform media sosial FB, Twitter dan IG@KemPendidikan.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia