Berita baik untuk sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ingin menganjurkan lawatan rasmi murid.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyambut baik inisiatif KPM menggalakkan lawatan berunsur pendidikan dengan menawarkan tiket percuma bagi lawatan rasmi murid sekolah ke Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur dan di Alor Star, Kedah serta Planetarium Negara.
 
Selain Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara, acara lawatan rasmi murid juga boleh diadakan di Muzium Negara serta semua Memorial/Galeria/Pustaka dan Rumah Kelahiran bawah Arkib Negara Malaysia secara percuma.
Jom ke Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara!