USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN

Nama

: Nazirah Binti Othman

Umur

: 18 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Cik Nazirah adalah pelajar dari Giatmara cawangan Cameron Highlands yang bertempat di Felda Sungai Koyan 3. Beliau mengambil jurusan Fesyen dan Design di GiatMara tersebut. Beliau juga merupakan penduduk di Felda Sungai Koyan 1.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Minat yang mendalam dalam bidang kecantikan membuatkan beliau mula berjinak-jinak dalam perniagaan secara kecil-kecilan.Namun begitu, disebabkan kekurangan modal untuk belajar berkaitan dengan pemasaran dan juga penggunaan ict, beliau hanya meneruskan secara perlahan-lahan sahaja. Selain itu, corak perniagaan beliau juga lebih menjurus kepada jualan langsung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mendaftarkan diri di PI RTP Sungai Ular bersama dengan kawan-kawan untuk menyertai Bengkel Keusahawanan yang dianjurkan oleh PI RTP Sungai Ular dan berkolaborasi bersama dengan GiatMara sendiri, beliau akhirnya dapat membuat pengiklanan berkaitan dengan produk yang dijual dengan lebih teratur dan sistematik. Beliau juga telah dilatih untuk mempromosikan produk dengan menggunakan media social dan juga Dashboard MyShop yang merupakan salah satu modul baru yang diajar di Pusat Internet. Bertitik tolak dari bengkel tersebutlah beliau telah mampu mempromosikan produk yang dijual dengan lebih yakin. Selain itu juga, melalui kelas ict yang diterapkan di dalam bengkel tersebut telah meningkatkan kemahiran beliau menggunakan komputer.

KELAS ASAS KOMPUTER DAN ICT

Nama

: Siti Aisyah binti Abdul Malek

Umur

: 20 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Cik Siti Aisyah merupakan salah seorang guru/Ustazah yang mengajar di Pasti Sabilil Muhtadin Kg Keledek sebagai guru murid 4 tahun dan memegang jawatan Setiausaha bagi Jawatankuasa Jemaah Ibu Bapa & Guru di Pasti tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah habis SPM beliau ditawarkan untuk mengajar di Pasti tersebut dengan Sijil SMA yang di miliki beliau semasa belajar di SMAPT jadi sebelum ini beliau kurang diberi pendedahan berkaitan dengan ICT.  Beliau juga kurang mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Cik Aisyah datang ke Pusat Internet RTP Sg.Ular untuk belajar ICT di samping untuk menyiapkan kerja-kerja  beliau setelah dilantik sebagai setiausaha dalam organisasi Pasti sekolah beliau. Oleh kerana,beliau dikehendaki menyiapkan surat-surat menggunakan Microsoft Office word,senarai nama pelajar M. Excel, Buku Program M.Publisher dan Tag untuk hadiah kecemerlangan menggunakan M.Power Point . Selain itu beliau juga belajar mereka email menggunakan akaun gmail dan mempelajari cara-cara untuk download lagu dan video di  youtube untuk pelajar-pelajar beliau. Aisyah juga telah mengikuti Program e-Rezeki di PI RTP Sungai Ular baru-baru ini. Hal ini bagi membantu beliau yang yang ingin menambah pendapatan sampingan.

 43746105 1876192659124407 3364036093824466944 n 43879333 1876192852457721 6822811654300893184 n 43828268 1876192885791051 4667395583957270528 n

USAHAWAN KUAH ROJAK

Nama

: Puan Kamariah Binti Mat Dari

Umur

: 53 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Puan Kamariah merupakan salah seorang pelatih di Giatmara Cawangan Cameron Highlands dalam bidang jahitan dan fesyen. Beliau menyertai kursus tersebut untuk memenuhi masa terluang di samping mencuba bakat yang telah sedia ada.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Memandangkan faktor usia, beliau kurang berminat dengan penggunaan ICT apatah lagi menghadiri apa-apa program yang melibatkan penggunaan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun, pendirian beliau akhirnya telah berubah selepas menghadiri Bengkel Keusahawanan anjuran Pusat Internet RTP Sungai Ular baru-baru ini. Beliau boleh menggunakan media sosial  dengan baik sebagai medan untuk mempromosikan produk yang telah dihasilkan oleh beliau. Selain itu juga, beliau turut mempelajari teknik mengambil gambar produk dan juga teknik mengedit gambar produk.

USAHAWAN WANGIAN DEXANDRA

Nama

: Encik Muhammad Daim Bin Derome

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Encik Muhammad Daim merupakan lulusan dari sebuah institusi awam dalam bidang pengurusa. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi salah seorang pelatih di Giatmara Cawangan Cameron Highlands dalam bidang jahitan dan fesyen. Beliau menyertai kursus tersebut untuk mengisi masa terluang memandangkan beliau masih belum lagi mendapat sebarang pekerjaan selepas tamat sesi pembelajaran.Beliau juga turut dikenali sebagai Pokya dalam kalangan kawan-kawan seangkatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Memandangkan beliau adalah graduan, beliau lebih berpengetahuan dalam bidang ICT. Namun begitu, beliau tetap mengikuti kursus ICT dan juga Keusahawanan yang dianjurkan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengikuti Bengkel Keusahawanan di Pusat Internet RTP Sungai Ular, beliau akhirnya dapat membuat pengiklanan berkaitan dengan produk yang dijual dengan lebih teratur dan sistematik. Beliau dilatih untuk mempromosikan produk dengan menggunakan media social dan juga Dashboard MyShop yang merupakan salah satu modul yang diajar di Pusat Internet.

Kursus Asas Komputer dan ICT

Nama

: SITI NUR AINI BINTI HASAN

Umur

: 18 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Kali ini salah seorang daripada Ahli PI RTP Sungai Ular telah dipilih untuk segmen Kisah Kejayaan Celik IT Q3 2018. Beliau telah mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI RTP Sungai Ular sebagai memenuhi masa terluang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun lepas. Cik Siti Nur Aini telah mengikuti kelas Microsoft Office 2010 Word, Excel, Power Point, Internet & e-Mel dan Dashboard Komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau merupakan pelajar lepasan SPM yang hanya tahu asas ICT dan kurang mahir di dalam penggunaan komputer. Namun begitu, beliau mengambil inisiatif datang ke PI RTP Sungai Ular untuk mengikuti kelas komputer dengan beberapa orang lagi kawan-kawan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti Kursus ICT yang dianjurkan, beliau semakin mahir menggunakan komputer serta membuat pinjaman netbook untuk dipraktikkan di rumah selepas habis kursus. Hal ini demikian, beliau mahu menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau dalam penggunaan Microsoft Office. Apa yang lebih menarik, beliau juga banyak bertanya tentang perkara yang tidak difahami, kesannya beliau semakin mahir dalam pelbagai perkara antaranya lebih pantas menaip.