Kursus Asas Komputer dan ICT

Nama

: SITI NUR AINI BINTI HASAN

Umur

: 18 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Kali ini salah seorang daripada Ahli PI RTP Sungai Ular telah dipilih untuk segmen Kisah Kejayaan Celik IT Q3 2018. Beliau telah mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI RTP Sungai Ular sebagai memenuhi masa terluang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun lepas. Cik Siti Nur Aini telah mengikuti kelas Microsoft Office 2010 Word, Excel, Power Point, Internet & e-Mel dan Dashboard Komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau merupakan pelajar lepasan SPM yang hanya tahu asas ICT dan kurang mahir di dalam penggunaan komputer. Namun begitu, beliau mengambil inisiatif datang ke PI RTP Sungai Ular untuk mengikuti kelas komputer dengan beberapa orang lagi kawan-kawan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti Kursus ICT yang dianjurkan, beliau semakin mahir menggunakan komputer serta membuat pinjaman netbook untuk dipraktikkan di rumah selepas habis kursus. Hal ini demikian, beliau mahu menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau dalam penggunaan Microsoft Office. Apa yang lebih menarik, beliau juga banyak bertanya tentang perkara yang tidak difahami, kesannya beliau semakin mahir dalam pelbagai perkara antaranya lebih pantas menaip.