USAHAWAN TUDUNG
Nama |
: Nur Atiqah Azlin Binti Khairos Azhar |
Umur |
: 18 tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Cik Nur Atiqah Azlin merupakan salah seorang pelatih di Giatmara Cawangan Cameron Highlands dalam bidang jahitan dan fesyen. Beliau menceburi bidang ini selepas habis peperiksaan SPM dan untuk memenuhi masa terluang sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang yang beliau minati. Dalam masa yang sama, beliau juga turut membuat perniagaan secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Nur Atiqah hanya menggunakan ICT sekadar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru-guru sahaja, malahan beliau tidak mempraktikkan selepas tamat sesi pembelajaran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun begitu, selepas menghadiri Kelas Keusahawanan dan ICT di Pusat Internet RTP Sungai Ular, beliau telah membuat keputusan untuk meneruskan perniagaan tersebut secara besar-besaran, iaitu melalui atas talian. Selain itu, Cik Nur Atiqah juga telah mempelajari perisian computer seperti Microsoft Office, edit gambar menggunakan Canva, membuat video melalui Perisian Movie Maker, memuatnaik produk ke dalam MyShop menerusi aplikasi Dashboard Komuniti.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/595-success-story-keusahawanan-1-q4#sigFreeIdddd9603d95