Latar belakang

Puan Siti Soliha merupakan suri rumah sepenuh masa. Namun, sekarang telah membuka tempahan menjahit pakaian untuk komuniti setempat dan juga komuniti luar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kurang pendedahan dengan penggunaan internet kerana masanya lebih tertumpu kepada bidang jahitan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di Pi1M, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online. Di samping mengambil tempahan jahitan pakaian, beliau juga menjual produk kesihatan dalam talian.