Kursus Asas Komputer dan ICT

Nama

: Nurul Alwani Binti Abdul Jamil

Umur

: 20 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan anak ke 4 daripada 9 adik beradik dan merupakan penduduk dari Kampung Keledek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau kurang diberi pendedahan berkaitan dengan ICT.  Beliau juga kurang mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Bermula dengan pendaftaran sebagai ahli Pi1M RTP Sungai Ular, beliau dijemput untuk menghadiri Kursus Komputer dan Intel yang dikendalikan oleh Petugas Pi1M RTP Sungai Ular. Setelah dilatih dan diberi tunjuk ajar berkaitan dengan Microsoft Office dan juga emel serta media social, beliau boleh menggunakan perisian tersebut dengan lebih baik.Selain itu, beliau juga telah mengikuti Program e-Rezeki yang telah dianjurkan oleh Petugas PID Felda Sungai Koyan yang mana program ini telah dibuat di Pi1M RTP Sungai Ular baru-baru ini. Hal ini bagi membantu para belia yang masih belum mempunyai pekerjaan atau yang ingin menambah pendapatan sampingan.

USAHAWAN PEKASAM DAGING BONDA

Nama

: Puan Juliana Binti Abu Bakar

Umur

: 34 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Puan Juliana merupakan salah seorang Pelatih Giatmara Cameron Highlands dalam bidang Fesyen dan Rekacipta Pakaian. Namun, dalam masa yang sama beliau menghasilkan produk berasaskan daging, iaitu diberi nama Pekasam Daging Bonda.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, Puan Juliana hanya memasarkan produk beliau secara luar talian dan kurang pengetahuan berkaitan dengan memasarkan produk di dalam Facebook Pages

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengikut Kelas ICT dan Keusahawanan yang dianjurka oleh pihak Pi1M RTP Sungai Ular, Pn. Juliana mula mendapat idea untuk memasarkan produk Pekasam Daging Bonda menggunakan saluran media social yang terdapat pada masa kini.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama

: Julaikha Binti Yusof

Umur

: 22 tahun

Ahli

: 2010

 

Latar belakang

Cik Julaikha adalah komuniti setempat yang baru sahaja menamatkan pengajian beliau dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Food Service Management). Beliau juga merupakan salah seorang ahli sukarelawan Pi1M RTP Sungai Ular yang baru dilantik memandangkan beliau kini hanya menetap di kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, Cik Julaikha hanya mendaftarkan diri sebagai ahli Pi1M RTP Sg Ular sahaja tanpa menggunakan perkhidmatan yang disediakan kerana mengikuti pembelajaran di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI1M. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI1M, Cik Julaikha telah mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI1M.

PERKHIDMATAN WELDING

Nama

: Encik Mohd Amirul Iman Bin Mohd Zahari

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2012

Latar belakang

Encik Amirul Iman merupakan salah seorang belia di RTP Sungai Ular yang meminati bidang pembuatan. Beliau menimba ilmu serta pengalaman dalam bidang ini melalui tawaran kemasukan ke saah satu Pusat Giatmara yang berada di Perak

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Encik Amirul Iman hanya menggunakan perantaraan mulut ke mulut sahaja untuk memasarkan perkhidmatan yang diusahakan oleh beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kursus dan kelas-kelas komputer serta kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pi1M, beliau sekarang mampu menggunakan komputer dengan baik. Contohnya untuk membuat rancangan perniagaan bagi produk atau perkhidmatan yang sedang dilakukan ini. 

 

 

USAHAWAN KECIL HANDMADE AISKRIM DAN BISKUT RAYA

Nama : Hasma Binti Ismail
Umur : 31 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Hasma merupakan usahawan kecil membuat aiskrim dan biskut raya di Kampung Keledek, Kuala Lipis, Pahang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Hasma hanya menggunakan kaedah mulut ke mulut untuk memasarkan produk beliau, terutamanya apabila tiba musim perayaan dan kenduri perkahwinan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Menyedari bahawa perniagaan kecil ini mampu memberi pulangan yang besar, beliau telah meghadiri kelas teknik memasarkan produk melalui atas talian dan juga media sosial yang semakin pesat membangun ini. Hal ini kerana melalui teknik pengiklanan inilah Puan Hasma mampu mencatat keuntungan yang tinggi kerana terdapat ramai pelanggan membuat tempahan terhadap produk yang dihasilkannya. Hasil bimbingan tersebut juga, beliau mampu menghasilkan iklan secara atas talian.