USAHAWAN KEK DAN KUIH TRADISIONAL

Nama

: Puan Noor Ain Binti Banilah@Udin

Umur

: 30 tahun

Ahli

: 2009

 

Latar belakang

Puan Noor Ain merupakan salah seorang penduduk di RTP Sungai Ular yang mana beliau telah berjinak-jinak menjadi pengusaha kek dan kuih-kuih tradisional secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini Puan Noor Ain tidak menitikberatkan langsung penggunaan media sosial dalam kehidupan beliau. Oleh sebab itu, tempahan yang diterima hanyalah dalam kalangan rakan-rakan yang rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun demikian, selepas mengikuti kelas keusahawanan dan kelas ict yang dianjurkan oleh Pi1M RTP Sungai Ular, beliau sudah mampu mengembangkan perniagaan kek dan biskut melalui media sosial. Hasilnya, tempahan yang diterima juga sangat memberangsangkan.