Nama : Hasmimi Nadira 
Umur : 19 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3, kami memilih salah seorang Ahli PI1M RTP Sg Uar yang mana beliau telah mengikuti kelas komputer di PI1M RTP Sg Uar dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pi1M RTP Sg Ular kerana mempunyai kekangan masa untuk menghabiskan modul. Hal ini kerana beliau tingga di asrama sepanjang sesi persekolahan berlangsung dan hanya akan pulang mengikuti kelas komputer pada setiap hujung minggu. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office Word, Excel, Power Point 2010, Ms Publisher 2010, dan kelas lanjutan ialah Internet, e-mel, dan kelas keusahawanan 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Hasmimi seringkali mengunjungi Pi1M bersama dengan kawan-kawan seangkatan dengan beliau hanya semata-mata untuk melayari internet. Namun begitu, kesedaran mulai timbul apabila beliau telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam yang kini lebih dikenali sebagai PRA-U. Memandagkan beliau perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para pengajar, maka beliau mengambil langkah untuk mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh Pi1M RTP Sg Ular. Selain itu juga,beliau memerlukan sijil latihan komputer untuk memohon sebarang pekerjaan selepas tamat belajar kelak. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kegigihan beliau semasa belajar komputer merupakan suatu titik tolak untuk beliau lebih mengenali dunia teknologi yang semakin maju ini. Hal ini kerana dengan bantuan petugas Pi1M, beliau telah mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point. Selain itu juga, beliau mampu menghasilkan rekaan dengan menggunakan Microsoft Publisher. Dalam penggunaan internet pula, beliau dapat membuat enjin carian serta mengulangkaji pelajaran.