USAHAWAN GERAI MASAKAN PANAS

Nama

: Encik Mohd Fauzi Bin Ahmad

Umur

: 37 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Encik Mohd Fauzi merupakan salah seorang penduduk RTP Sungai Ular. Beliau bekerja sebagai Mandur di Ladang Felcra Sungai Kambang dan pada waktu petang beliau mengusahakan gerai masakan panas bersama-sama dengan isterinya. Beliau mempunyai dua orang cahayamata.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kurang menitikberatkan penggunaan internet dalam kehidupan sehariannya akibat kekangan kerja seharian sebagai seorang mandur di Ladang Felcra Sungai Kambang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun,selepas mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di Pi1M, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk mempromosikan perniagaan gerai masakan panas tersebut melalui media social, antaranya Facebook dan Whatsapp.