Latar belakang

Puan Siti Soliha merupakan suri rumah sepenuh masa. Namun, sekarang telah membuka tempahan menjahit pakaian untuk komuniti setempat dan juga komuniti luar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kurang pendedahan dengan penggunaan internet kerana masanya lebih tertumpu kepada bidang jahitan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di Pi1M, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online. Di samping mengambil tempahan jahitan pakaian, beliau juga menjual produk kesihatan dalam talian.

USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN 

Nama

: Cik Nur Hidayah Binti Mdzaran

Umur

: 20 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Cik Siti Nurhidayah merupakan pelajar Giatmara Cameron Highlands dalam bidang Jahitan. Namun, dalam masa yang sama menjual produk kecantikan yang diasaskan oleh kakak beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kurang mahir dalam penggunaan ICT dan juga kurang pendedahan kepada penggunaan media sosial yang betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti bengkel keusahawanan yang dianjurkan oleh Pi1M RTP Sungai Ular, Cik Nurhidayah mula pandai untuk mempromosikan produk jualan beliau di media sosial terutamanya. Selain itu, beliau juga sudah mampu untuk mengedit gambar produk untuk tujuan promosi dengan menggunakan Canva.com.

USAHAWAN KEK DAN KUIH TRADISIONAL

Nama

: Puan Noor Ain Binti Banilah@Udin

Umur

: 30 tahun

Ahli

: 2009

 

Latar belakang

Puan Noor Ain merupakan salah seorang penduduk di RTP Sungai Ular yang mana beliau telah berjinak-jinak menjadi pengusaha kek dan kuih-kuih tradisional secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini Puan Noor Ain tidak menitikberatkan langsung penggunaan media sosial dalam kehidupan beliau. Oleh sebab itu, tempahan yang diterima hanyalah dalam kalangan rakan-rakan yang rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun demikian, selepas mengikuti kelas keusahawanan dan kelas ict yang dianjurkan oleh Pi1M RTP Sungai Ular, beliau sudah mampu mengembangkan perniagaan kek dan biskut melalui media sosial. Hasilnya, tempahan yang diterima juga sangat memberangsangkan.

Kursus Asas Komputer dan ICT

Nama

: Siti Nurshameelah Binti Ahmad Tajuddin

Umur

: 18 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar lepasan SPM dari Sekolah Kebangsaan Menengah Padang Tengku. Beliau tinggal di Kampung Lubuk Kulit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau kurang diberi pendedahan berkaitan dengan ICT.  Beliau juga kurang mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point. Hal ini kerana penggunaan ICT di sekolah sangat terhad sebelum ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mendaftar sebagai ahli Pi1M RTP Sungai Ular, beliau telah mengikuti Kursus Asas Microsoft Office untuk memahirkan diri di samping sebagai persiapan awal bagi memasuki institusi pengajian tinggi nanti. Beliau boleh menggunakan Microsoft Office dengan betul.

USAHAWAN GERAI MASAKAN PANAS

Nama

: Encik Mohd Fauzi Bin Ahmad

Umur

: 37 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Encik Mohd Fauzi merupakan salah seorang penduduk RTP Sungai Ular. Beliau bekerja sebagai Mandur di Ladang Felcra Sungai Kambang dan pada waktu petang beliau mengusahakan gerai masakan panas bersama-sama dengan isterinya. Beliau mempunyai dua orang cahayamata.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kurang menitikberatkan penggunaan internet dalam kehidupan sehariannya akibat kekangan kerja seharian sebagai seorang mandur di Ladang Felcra Sungai Kambang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun,selepas mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di Pi1M, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk mempromosikan perniagaan gerai masakan panas tersebut melalui media social, antaranya Facebook dan Whatsapp.