USAHAWAN HANDMADE BEG PACK

Nama

: Mohamad Isa Bin Aziz

Umur

: 42tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Encik Mohamad Isa merupakan seorang bekas askar pencen. Beliau telah berkahwin dengan salah seorang penduduk di Kampung Sungai Ular dan dikurniakan empat orang cahayamata

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Memulakan projek jahitan beg ini selepas tamat latihan di Kem Askar Kuala Lipis kira-kira setahun yang lalu. Setiap hari beliau datang ke Pi1M untuk mencari design yang sesuai untuk dipraktikkan ke dalam bidang jahitan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 Selepas mengikuti kelas Keusahawanan dan mempelajari teknik-teknik memasarkan produk, beliau dapat membuat surat permohonan bantuan untuk membeli mesin jahit daripada Yang Berhormat Adun Jelai. Hal ini kerana beliau tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Buat masa sekarang tempahan yang diterima adalah secara offline, iaitu melalui penduduk kampung. Beliau juga dalam perancangan untuk memasarkan produk ke dalam website lazada. Selain itu, beliau juga mempunyai cadangan untuk membuka kelas menjahit beg kepada belia komuniti setempat.

Nama : Hasmimi Nadira 
Umur : 19 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3, kami memilih salah seorang Ahli PI1M RTP Sg Uar yang mana beliau telah mengikuti kelas komputer di PI1M RTP Sg Uar dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pi1M RTP Sg Ular kerana mempunyai kekangan masa untuk menghabiskan modul. Hal ini kerana beliau tingga di asrama sepanjang sesi persekolahan berlangsung dan hanya akan pulang mengikuti kelas komputer pada setiap hujung minggu. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office Word, Excel, Power Point 2010, Ms Publisher 2010, dan kelas lanjutan ialah Internet, e-mel, dan kelas keusahawanan 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Hasmimi seringkali mengunjungi Pi1M bersama dengan kawan-kawan seangkatan dengan beliau hanya semata-mata untuk melayari internet. Namun begitu, kesedaran mulai timbul apabila beliau telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam yang kini lebih dikenali sebagai PRA-U. Memandagkan beliau perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para pengajar, maka beliau mengambil langkah untuk mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh Pi1M RTP Sg Ular. Selain itu juga,beliau memerlukan sijil latihan komputer untuk memohon sebarang pekerjaan selepas tamat belajar kelak. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kegigihan beliau semasa belajar komputer merupakan suatu titik tolak untuk beliau lebih mengenali dunia teknologi yang semakin maju ini. Hal ini kerana dengan bantuan petugas Pi1M, beliau telah mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point. Selain itu juga, beliau mampu menghasilkan rekaan dengan menggunakan Microsoft Publisher. Dalam penggunaan internet pula, beliau dapat membuat enjin carian serta mengulangkaji pelajaran.