Nama : Adila Binti Razali
Umur  : 11 Tahun
Ahli     : 2016

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2020, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet RTP Sungai Ular yang bernama Adila Binti Rzali. Beliau telah menjadi ahli pusat internet pada tahun 2016 lagi sekaligus telah mengikuti bermacam jenis kelas ICT yang dianjurkan oleh PI RTP Sungai Ular sehingga habis semua modul yang telah ditetapkan oleh pihak pusat internet. Sekarang adik Adila berumur 11 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek, terletak kira-kira 5KM dari kawasan Kampung RTP Sungai Ular.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan kelas yang dianjurkan di pusat internet, adik Adila kurang mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Namun begitu, beliau sering mengunjungi Pusat Internet RTP Sungai Ular apabila tiba musim cuti sekolah dan mengikuti setiap kali Program Kem Cuti Sekolah diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sifat suka bertanya apa-apa yang tidak difahami menyebabkan adik Adila semakin mahir menggunakan komputer dan ICT. Beliau semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office, membuat emel, dan mencuba membuat video kreatif menggunakan aplikasi asas Video Maker yang telah diajar oleh petugas. Adik Adila sentiasa bersemangat serta seronok untuk belajar sesuatu yang baru berkaitan dengan computer dan internet yang mana ianya dapat menambah lagi ilmu pengetahuan untuk dirinya.