Nama  :Siti Noor Aishah Binti Mohd Sani 
Umur : 37 Tahun
 Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Siti Aishah merupakan seorang petugas di PKD Kuala Medang. Beliau mula berkhidmat di PKD Kuala Medang pada tahun 2017. Beliau juga mempunyai 3 orang anak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Puan Siti Aishah kurang mempromosikan produk jualan beliau kerana kekangan masa dengan tugasan seharian dan juga kurang ilmu tentang keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Namun begitu, akhirnya beliau telah mendaftarkan diri di PI RTP Sungai Ular dan menyertai Bengkel Keusahawanan yang dianjurkan oleh PI RTP Sungai Ular. Beliau diberi  taklimat ekeusahawanan bertujuan untuk membuat pengiklanan berkaitan dengan produk yang dijual dengan lebih teratur dan sistematik. Antaranya beliau  telah dilatih untuk mempromosikan produk tersebut dengan menggunakan media sosial dan juga di platform Shopee yang merupakan salah satu modul baru yang diajar di Pusat Internet. Bertitik tolak dari bengkel tersebutlah beliau telah mampu mempromosikan produk yang dijual dengan lebih yakin.