Nama

:Siti Nadhirah Huda Binti Shahrul Nizam

Umur

:15 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Beliau merupakan anak sulung dari tiga adik beradik. Pada setiap musim cuti persekolahan, Cik Siti Nadhirah pulang ke kampung datuk dan neneknya untuk memenuhi masa terluang dengan menghadiri program yang dianjurkan oleh PI RTP Sungai Ular. Oleh sebab itu, beliau telah mendaftarkan diri sebagai ahli PI RTP Sungai Ular pada tahun 2018 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya datang ke pusat internet semata-mata ingin menggunakan perkhidmatan internet, iaitu menonton Youtube sahaja. Oleh sebab itu, beliau kurang mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point dan juga Microsoft Publisher.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun begitu, sempena cuti persekolahan baru-baru ini beliau telah menghadiri Kursus Asas ICT  yang dikendalikan oleh Petugas PI RTP Sungai Ular. Setelah dilatih dan diberi tunjuk ajar dan latihan intensif yang bertemakan Interaktif ICT serta berkaitan latihan Microsoft Office, beliau sudah mahir menggunakan perisian tersebut dengan lebih baik.