Nama

 : ABDUL JAMIL BIN SULAIMAN

Umur

 : 63 TAHUN

Ahli

 : 30 OKTOBER 2020

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT kali ini kami memilih Encik Abdul Jamil Bin Sulaiman yang merupakan penjawat awam yang telah berpencen pada tahun lepas yang sekarang ini tinggal di Kampung Keledek, iaitu terletak kira-kira 5KM daripada Pusat Internet Komuniti RTP Sungai Ular. Walaupun telah berpence,beliau begitu aktif dalam kerja-kerja kebajikan terutamanya melibatkan pertanian di kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pada permulaannya, beliau datang ke PIK RTP Sungai Ular adalah sekadar untuk membuat fotokopi beberapa dokumen yang penting sahaja. Selepas bertanya dengan petugas berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan, beliau seolah-olah berminat untuk datang belajar pada masa akan datang dan sering bertanya tentang apa-apa masalah yang berkaitan dengan tugasan yang perlu diselesaikan dengan menggunakan komputer. Lebih-lebih lagi kerja-kerja melibatkan kebajikan perlu dibuat secara maya. Oleh itu, beliau berminat untuk mendalami kemahiran ict dalam penggunaan gajet dan juga aplikasi terkini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah berulang kali datang untuk belajar berkaitan dengan teknologi terkini, Encik Abdul Jamil kini sudah semakin mahir menggendalikan komputer terutamanya membuka laman sesawang serta memuatturun dokumen untuk dicetak. Beliau juga telah mahir menggunakan aplikasi di telefon pintar, antaranya membuka whatsapp web dengan menggunakan computer serta membuat penyimpanan dokumen di dalam pendrive.

Nama

 : Salina Binti Abdullah

Umur

 : 46 Tahun

Ahli

 : 02 Januari 2019

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2021 kali ini kami memilih Salina Binti Abdullah yang merupakan guru Tabika Kemas Kampung Beletik. Beliau merupakan anak kelahiran Pahang berketurunan Orang Asli yang telah mendapat

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum ini, Puan Salina hanya datang sebagai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan pencetakan dan juga fotokopi.  Selepas itu beliau telah berulang alik hadir ke Pusat Internet untuk bertanya tentang apa-apa masalah yang berkaitan dengan tugasan yang perlu diselesaikan dengan menggunakan komputer. Lebih-lebih lagi sewaktu persekolahan diadakan secara maya. Oleh itu, beliau berminat untuk mendalami kemahiran ict dalam penggunaan gajet dan juga aplikasi terkini. Hal ini kerana kepentingan komputer dan teknologi pada masa kini dalam pendidikan dan pengajaran sangatlah wajar dalam kalangan pendidik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pada cuti sekolah atau apabila ingin menggunakan perkhidmatan mencetak, Puan Salina akan datang ke pusat internet untuk melakukan tugasan sebagai seorang guru, iaitu menyiapkan laporan PDPR dan juga mencari bahan bahan yang menarik untuk pelajarnya. Beliau juga akan meminta bantuan petugas PIK untuk tunjukajar mengemaskini maklumat pelajar di dalam sistem pendidikan yang telah disediakan.Selain itu, beliau turut diajar membuat cetakan serta menyimpan hasil kerja ke dalam fail baru supaya memudahkan untuk mencari kemudian nanti.

BELAJAR KELAS ICT

Nama

 : WAN ROSYATI BINTI WAN MOHAMAD

Umur

 : 56 TAHUN

Ahli

 : 13 JANUARI 2017

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q2 2021 kali ini kami memilih Puan Wan Rosyati  Binti Wan Mohd yang merupakan guru Tabika Kemas Kampung Bukit Betong. Beliau merupakan anak kelahiran Negeri Terengganu Darul Iman dan telah bertemu jodoh dengan orang Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang seterusnya telah menetap di sini sehingga sekarang. Beliau mempunyai 4 orang anak yang masih lagi menuntut di dalam bidang pengajian masing-masing.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan dengan program anjuran pusat internet, Puan Wan Rosyati hanya datang sebagai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan pencetakan dan juga fotokopi.  Selepas itu, beliau telah dijemput untuk menghadiri program bersama pusat internet dengan membawa para pelajar tabika untuk menyertai beberapa program khas untuk kanak-kanak.Bertitiktolak daripada program tersebutlah, beliau mula menjinakkan diri untuk datang ke pusat internet terutamanya untuk belajar asas berkaitan dengan komputer. Tambahan pula pada masa kini persekolahan hanya berlangsung melalui alam maya. Hal ini menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dengan para pelajar kerana kekurangan kemahiran dalam penggunaan gajet dan juga aplikasi terkini. Oleh itu, beliau datang ke PIK RTP Sungai Ular untuk menambah ilmu dengan mempelajari asas ict yang disediakan kerana timbul kesedaran dalam diri bahawa kepentingan komputer dan teknologi pada masa kini dalam pendidikan dan pengajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Puan Rosyati akan datang ke pusat internet untuk melakukan tugasan sebagai seorang guru, iaitu menyiapkan laporan PDPR dan juga mencari bahan bahan yang menarik untuk pelajarnya. Beliau juga akan meminta bantuan petugas PIK untuk membantu beliau mengemaskini maklumat pelajar di dalam sistem pendidikan yang telah disediakan.Selain itu, beliau turut diajar cara membuat dan menyusun fail dokumen yang penting supaya tidak berterabur dan senang untuk dicari kemudian nanti. Beliau turut bertanyakan perkara yang tidak difahami berkaitan dengan  Microsoft Office 2010 dan cara menyimpan gambar-gambar PDPR yang dihantar oleh pelajar ke dalam laptop yang dibawa. Seringkali juga beliau turut mengundang kawan-kawan seangkatan untuk sama-sama belajar di PIK RTP Sungai Ular.

Nama 

: Nur Muhanizah Binti Muhamad

 Umur

:  38 Tahun

 Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Merupakan suri rumah sepenuh masa serta ibu kepada 3 orang cahaya mata yang bergiat mengusahakan produk makanan secara kecil-kecilan dari rumah sahaja.Bermula dari minat kepada menambahkan pendapatan keluarga, produk yang dihasilkan ini dijual secara penghantaran ke rumah dan juga dihantar ke kedai makan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Puan Nur Muhanizah pada mulanya tidak yakin untuk memasarkan produk beliau dalam talian menyebabkan hasratnya sedikit terbantut. Jualannya juga sedikit terganggu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Namun begitu, setelah mengikuti beberapa kelas asas keusahawan disediakan di PI RTP Sunga Ular, kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online. Hal ini kerana beliau sudah berani memasarkan beberapa produk keluarannya menerusi media sosial seperti Facebook dan Whatsapp status. Antara produk yang dihasilkan adalah donut biasa, donut celup, pizza dan pelbagai jenis roti mengikut permintaan pelanggan. Segala teknik yang diajar semasa kelas keusahawanan banyak membantu beliau untuk mempromosikan produk di alam maya.

 

Nama  : Nur Alya Damia Binti Khairul Afendi
Umur : 8 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Adik Nur Alya Damia merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek di dalam kelas tahun 2.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum ini Adik Alya hanya mengikut ibunya datang ke pusat internet semata-mata ingin menggunakan bermain game online dan juga menonton Youtube sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Baru-baru ini beliau telah menghadiri Kelas Asas ICT dan kelas tuisyen mengikut subjek pembelajaran di sekolah. Antaranya Bahasa Melayu dan juga Matematik. Ini bermakna, adik Alya akan memperolehi dua atau lebih manfaat apabila mengikut pembelajaran di Pusat Internet yang dikendalikan oleh Petugas PIk RTP Sungai Ular. Contohnya adalah lebih mahir menggunakan papan kekunci untuk menaip tugasan yang diberikan oleh petugas. Selain itu, adik Alya dan kawan-kawan yang mengikut kelas ICT juga diajar menggunakan formula pengiraan dengan menggunakan Microsoft Office Excel sebagai asas permulaan pembelajaran.