BELAJAR KELAS ICT

Nama

 : WAN ROSYATI BINTI WAN MOHAMAD

Umur

 : 56 TAHUN

Ahli

 : 13 JANUARI 2017

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q2 2021 kali ini kami memilih Puan Wan Rosyati  Binti Wan Mohd yang merupakan guru Tabika Kemas Kampung Bukit Betong. Beliau merupakan anak kelahiran Negeri Terengganu Darul Iman dan telah bertemu jodoh dengan orang Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang seterusnya telah menetap di sini sehingga sekarang. Beliau mempunyai 4 orang anak yang masih lagi menuntut di dalam bidang pengajian masing-masing.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan dengan program anjuran pusat internet, Puan Wan Rosyati hanya datang sebagai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan pencetakan dan juga fotokopi.  Selepas itu, beliau telah dijemput untuk menghadiri program bersama pusat internet dengan membawa para pelajar tabika untuk menyertai beberapa program khas untuk kanak-kanak.Bertitiktolak daripada program tersebutlah, beliau mula menjinakkan diri untuk datang ke pusat internet terutamanya untuk belajar asas berkaitan dengan komputer. Tambahan pula pada masa kini persekolahan hanya berlangsung melalui alam maya. Hal ini menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dengan para pelajar kerana kekurangan kemahiran dalam penggunaan gajet dan juga aplikasi terkini. Oleh itu, beliau datang ke PIK RTP Sungai Ular untuk menambah ilmu dengan mempelajari asas ict yang disediakan kerana timbul kesedaran dalam diri bahawa kepentingan komputer dan teknologi pada masa kini dalam pendidikan dan pengajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Puan Rosyati akan datang ke pusat internet untuk melakukan tugasan sebagai seorang guru, iaitu menyiapkan laporan PDPR dan juga mencari bahan bahan yang menarik untuk pelajarnya. Beliau juga akan meminta bantuan petugas PIK untuk membantu beliau mengemaskini maklumat pelajar di dalam sistem pendidikan yang telah disediakan.Selain itu, beliau turut diajar cara membuat dan menyusun fail dokumen yang penting supaya tidak berterabur dan senang untuk dicari kemudian nanti. Beliau turut bertanyakan perkara yang tidak difahami berkaitan dengan  Microsoft Office 2010 dan cara menyimpan gambar-gambar PDPR yang dihantar oleh pelajar ke dalam laptop yang dibawa. Seringkali juga beliau turut mengundang kawan-kawan seangkatan untuk sama-sama belajar di PIK RTP Sungai Ular.