Nama

 : ABDUL JAMIL BIN SULAIMAN

Umur

 : 63 TAHUN

Ahli

 : 30 OKTOBER 2020

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT kali ini kami memilih Encik Abdul Jamil Bin Sulaiman yang merupakan penjawat awam yang telah berpencen pada tahun lepas yang sekarang ini tinggal di Kampung Keledek, iaitu terletak kira-kira 5KM daripada Pusat Internet Komuniti RTP Sungai Ular. Walaupun telah berpence,beliau begitu aktif dalam kerja-kerja kebajikan terutamanya melibatkan pertanian di kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pada permulaannya, beliau datang ke PIK RTP Sungai Ular adalah sekadar untuk membuat fotokopi beberapa dokumen yang penting sahaja. Selepas bertanya dengan petugas berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan, beliau seolah-olah berminat untuk datang belajar pada masa akan datang dan sering bertanya tentang apa-apa masalah yang berkaitan dengan tugasan yang perlu diselesaikan dengan menggunakan komputer. Lebih-lebih lagi kerja-kerja melibatkan kebajikan perlu dibuat secara maya. Oleh itu, beliau berminat untuk mendalami kemahiran ict dalam penggunaan gajet dan juga aplikasi terkini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah berulang kali datang untuk belajar berkaitan dengan teknologi terkini, Encik Abdul Jamil kini sudah semakin mahir menggendalikan komputer terutamanya membuka laman sesawang serta memuatturun dokumen untuk dicetak. Beliau juga telah mahir menggunakan aplikasi di telefon pintar, antaranya membuka whatsapp web dengan menggunakan computer serta membuat penyimpanan dokumen di dalam pendrive.