Nama 

: Hasma Binti Ismail

 Umur

:  36 Tahun

 Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Merupakan suri rumah sepenuh masa pada permulaannya serta ibu kepada 6 orang cahaya mata. Beliau tinggal di Kampung Keledek yang sekarang ini bergiat mengusahakan produk makanan dan juga perkhidmatan nurseri. Bermula dari minat kepada menambahkan pendapatan keluarga, produk yang dihasilkan ini dijual secara penghantaran ke rumah dan juga dihantar ke kedai makan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Bermula sebagai pembantu kepada ibunya yang menjual produk makanan tradisional di pasar pagi dan hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja. Namun begitu, apabila Puan Hasma didedahkan dengan penggunaan ICT masa kini, beliau telah mengorak langkah kepada menyediakan pelbagai jenis juadah tidak kira dijual di pasar dan juga menerima tempahan daripada pelbagai jenis jamuan dan juga kenduri-kendara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Namun begitu, setelah mengikuti beberapa kelas asas keusahawan disediakan di PEDi RTP Sunga Ular, kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online. Hal ini kerana beliau sudah berani memasarkan beberapa produk keluarannya menerusi media sosial seperti Facebook dan Whatsapp status. Dan yang terbaru adalah aplikasi Tiktok. Antara produk yang dihasilkan oleh Puan Hasma adalah aiskrim untuk kenduri, aiskrim balang yang mempunyai pelbagai perisa, kuih-muih tradisional mengikut permintaan pelanggan yang menempah. Selain itu juga, Puan Hasma dan suami mengusahakan perkhidmatan membuat rak bunga, membuat pembenihan bunga dan dihantar terus ke pelanggan. Segala teknik yang diajar semasa kelas keusahawanan banyak membantu beliau untuk mempromosikan produk di alam maya.

Umur

 : 8 TAHUN

Ahli

 : 16 JANUARI 2019

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan November 2022 pada kali ini kami berkisar tentang seorang pelajar yang mempunyai kesungguhan dalam menerokai dunia digital pada masa kini. Adik Nur Azmina Balqis merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik. Adik Azmina juga adalah pelajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Azmina hanya datang menemani kakaknya mengikuti kelas tuisyen online. Kebiasaannya, adik Azmina hanya menumpang tengok orang lain belajar. Namun, apabila petugas PEDi RTP Sungai Ular membuka kelas ICT untuk pelajar tahap 1, adik Azmina tidak melepaskan peluang mengikuti kelas yang dianjurka. Banyak perkara asas berkaitan dengan komputer telah dipelajari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas beberapa kali mengikuti kelas, adik Azmina boleh mengendalikan komputer dengan baik. Selain itu, adik Azmina turut memahami bagaimana menggunakan laman sesawang MicrosoftEdge dan juga Microsoft Office untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu juga, para peserta sekolah rendah turut didedahkan dengan menggunakan aplikasi e-pembelajaran untuk mengulangkaji pelajaran.

Nama

 : NUR QAIREEN ERYNA BINTI MOHD NOR HAFIZ

Umur

 : 12 TAHUN

Ahli

 : 2019

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan pada bulan September ini berkaitan dengan salah seorang ahli PEDi RTP Sungai Ular yang berumur 12 tahun. Adik Nur Qaireen Eryna merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek. Adik Eryna juga adalah anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Adik Eryna tinggal Bersama dengan ibunya di perumahan staff Sime Darby Ladang Bukit Puteri. Waktu cuti sekolah, adik Eryna akan datang ke rumah datuknya di RTP Sungai Ular.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada mulanya adik Eryna hanya sekadar mendaftar keahlian di Pusat Internet ini bertujuan untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bersama dengan pusat internet. Selain itu untuk urusan mencetak dan fotokopi nota pembelajaran sahaja. Namun begitu, kekerapan tinggal di rumah datuknya menyebabkan adik Eryna seringkali mengunjungi PEDi RTP Sungai Ular bersama-sama kawan-kawannya untuk menghabiskan waktu terluang dengan membuka aplikasi Youtube sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas petugas membuat jadual aktiviti untuk kelas ICT, adik Eryna tidak melepaskan peluang menyertai setiap kelas yang dibuat. Daripada tidak cekap menaip menggunakan papan kekunci, adik Eryna kini telah mahir menggunakannya. Begitu juga dengan penggunaan Microsoft Office, beliau telah mahir dan mampu mengajar kawan-kawan yang kurang mahir lagi semasa di dalam kelas. Kini, adik Eryna dilatih untuk memahirkan diri membuat poster menggunakan aplikasi Canva.com dan juga melayari kemudahan internet secara berhemah.

Nama

 : MUHAMMAD ADAM BIN MOHAMAD NOR AIMAN

Umur

 : 8 TAHUN

Ahli

 : 20 OGOS 2022

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan pada Oktober 2022 pada kali ini kami mengetengahkan seorang pelajar yang merupakan komuniti yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital RTP Sungai Ular. Adik Muhammad Adam merupakan pelajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek dan juga adalah anak sulung daripada tiga adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Adam pada asalnya tidak pernah menghadiri apa-apa bengkel ict dan tiada pendedahan berkaitan dengan penggunaan dan peralatan komputer kepadanya. Namun begitu,  apabila PEDi RTP Sungai Ular membuat Kem Interaktif ICT pada musim cuti sekolah dan juga kelas pada setiap hari Sabtu dan Ahad untuk pelajar sekolah rendah, adik Adam tidak melepaskan peluang untuk hadir belajar ict kerana selain dapat belajar ict, penerapan serta kaedah pembelajaran akademik melalui penggunaan ict juga turut diajar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Adam sangat teruja semasa menggunakan computer terutamanya apabila diberi peluang membuka sendiri computer dengan tunjuk ajar daripada petugas. Selepas mengikuti Kem Interaktif ICT dengan mempelajari Asas Komputer, Asas Internet dan Asas Microsoft Office, Adik Adam dapat memahami setiap fungsi komponen dan peralatan komputer. Selain itu, Adik Adam juga dapat membuka perisian dikcomputer seperti membuat carian maklumat di enjin carian, memasukkan gambar ke dalam lembaran kerja serta membuat penyimpanan melalui ciptaan fail nama sendiri. Selain itu, Adik Adam juga didedahkan tentang program Klik Dengan Bijak dan penerapan nilai-nilai murni semasa melayari internet bagi mengelakkan pelajar membuka laman sesawang yang tidak sepatutnya.

Nama

 : NOR FAUZIMAH BINTI MAHMUD

Umur

 : 47 TAHUN

Ahli

 : 2017

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan Ogos 2022 pada kali ini bawakan tentang seorang  wanita dan juga ibu tunggal yang seringkali berulang-alik mengunjungi PEDi RTP Sungai Ular untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan juga kemudahan mesin fotokopi. Puan Nor Fauzimah mempunyai dua orang cahaya mata dan tinggal di Kampung Tanjung Gahai terletak kira-kira 10km daripada PEDi RTP Sungai Ular. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada permulaannya, Puan Nor Fauzimah hanya datang untuk urusan fotokopi dan mencetak dokumen melalui perantaraan daripada petugas. Namun demikian, apabila dia sudah bergiat dalam bidang kesetiausahaan yang memerlukan beliau menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan dari semasa ke masa yang mana membawa beliau selalu datang ke PEDi RTP Sungai Ular untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan tunjukajar petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melalui beberapa kelas ict, Puan Fauzimah mampu mengendalikan komputer dengan baik, malahan boleh menyiapkan tugasan di dalam Microsoft Office tanpa bantuan petugas. Selain itu, beliau juga boleh menggunakan enjin carian sendiri serta memuatturun dan menghantar dokumen pdf melalui aplikasi whatsapp desktop.