Nama

 : NOR FARIDAH HANA BINTI ABDUL MALIK

Umur

 : 41 TAHUN

Ahli

 : 2013

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT pada bulan Jun 2022, kami memilih seorang wanita yang tinggal di Kampung Keledek, iaitu terletak kira-kira 5KM dari PEDi RTP Sungai Ular, iaitu Puan Nor Faridah Hana Binti Abdul Malek. Beliau merupakan ahli PEDi RTP Sungai Ular semenjak tahun 2013 lagi. Beliau merupakan lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan merupakan anak jati Pahang. Beliau telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai enam orang cahayamata yang masing-masing masih lagi di alam persekolahan. Beliau adalah suri rumah sepenuh masa sebelum bergiat aktif dalam kerja-kerja pengurusan kontrak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya beliau hanya menghantar anak-anak mempelajari penggunaan komputer dan bukanlah satu keperluan baginya. Oleh itu, penglibatan beliau sebelum ini adalah menggunakan perkhidmatan PEDi cukup sekadar atas urusan mencetak, photostat, pemeriksaan Kesihatan dan jemputan menghadiri program anjuran PEDi sahaja. Oleh hal yang demikian, beliau kurang menitikberatkan sangat penggunaan computer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Namun begitu, selepas beliau terlibat dalam projek-projek subkontrak di bawah Majlis Daerah, beliau mula menjinakkan diri dengan kelas computer. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif untuk datang belajar menggunakan computer demi menyiapkan tugasan yang sedang dilaksanakannya. Pengenalan kepada computer dan internet diperkenalkan kepada beliau terutamanya cara mengendalikan computer dengan betul. Kini, proses pembelajaran secara berkala masih lagi dijalankan untuk memberikan banyak lagi ilmu terutamanya Microsoft Office dan juga aplikasi yang akan dikendalikan nanti. Beliau juga turut diberikan pendedahan cara menggunakan aplikasi Zoom Meeting untuk menyertai kursus secara dalam talian. Semoga semangat yang tidak pernah luntur pada diri beliau ini akan memberikan lebih kejayaan kepadanya nanti.