Nama |
: MUHAMMAD ADAM BIN MOHAMAD NOR AIMAN |
Umur |
: 8 TAHUN |
Ahli |
: 20 OGOS 2022 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan pada Oktober 2022 pada kali ini kami mengetengahkan seorang pelajar yang merupakan komuniti yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital RTP Sungai Ular. Adik Muhammad Adam merupakan pelajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek dan juga adalah anak sulung daripada tiga adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Adam pada asalnya tidak pernah menghadiri apa-apa bengkel ict dan tiada pendedahan berkaitan dengan penggunaan dan peralatan komputer kepadanya. Namun begitu, apabila PEDi RTP Sungai Ular membuat Kem Interaktif ICT pada musim cuti sekolah dan juga kelas pada setiap hari Sabtu dan Ahad untuk pelajar sekolah rendah, adik Adam tidak melepaskan peluang untuk hadir belajar ict kerana selain dapat belajar ict, penerapan serta kaedah pembelajaran akademik melalui penggunaan ict juga turut diajar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Adam sangat teruja semasa menggunakan computer terutamanya apabila diberi peluang membuka sendiri computer dengan tunjuk ajar daripada petugas. Selepas mengikuti Kem Interaktif ICT dengan mempelajari Asas Komputer, Asas Internet dan Asas Microsoft Office, Adik Adam dapat memahami setiap fungsi komponen dan peralatan komputer. Selain itu, Adik Adam juga dapat membuka perisian dikcomputer seperti membuat carian maklumat di enjin carian, memasukkan gambar ke dalam lembaran kerja serta membuat penyimpanan melalui ciptaan fail nama sendiri. Selain itu, Adik Adam juga didedahkan tentang program Klik Dengan Bijak dan penerapan nilai-nilai murni semasa melayari internet bagi mengelakkan pelajar membuka laman sesawang yang tidak sepatutnya.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/1734-success-story-celik-it-oktober-2022#sigFreeIda8b83a5889