Nama

 : MOHD HAMDAN BIN SAMAH

Umur

 : 47 TAHUN

Ahli

 : 2022

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan pada kali ini, kami memilih seorang pemuda yang tinggal di Kampung Bertang, iaitu terletak kira-kira 15KM dari PEDi RTP Sungai Ular, iaitu Encik Mohd Hamdan Bin Samah. Beliau mendaftarkan diri sebagai ahli PEDi RTP Sungai Ular pada awal tahun 2022. Beliau merupakan seorang petani yang menjalankan kerja-kerja penanaman di Kawasan kampung beliau sendiri. Beliau telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai dua orang cahayamata yang masih lagi bersekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya beliau hanya sekadar datang untuk urusan mencetak, photostat,dan juga meminta bantuan petugas untuk mengisi borang persekolahan anak beliau dalam talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Namun begitu, selepas beliau ditawarkan mengikuti kursus pertanian dalam talian, beliau kerapkali datang ke PEDi RTP Sungai Ular untuk mendapatkan tunjukajar melalui petugas cara untuk mengendalikan computer dan juga membuat kertas kerja. Petugas sedaya upaya membantu memberi tunjuk ajar kepada beliau terutamanya dalam asas Microsoft Office dan juga penggunaan aplikasi Zoom Meeting untuk memudahkan beliau berurusan dengan pihak yang terbabit. Beliau juga tidak segan silu bertanya apa-apa yang berkaitan dengan Microsoft Office kerana beliau ingin menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Hasilnya, beliau sekarang sudah pandai menaip surat menggunakan Microsoft Office Word dan mengisi borang dalam talian. Petugas juga menggalakkan beliau selalu datang berkunjung ke PEDi RTP Sungai Ular untuk terus belajar banyak lagi modul atau apa-apa yang tidak difahami terutamanya pada waktu terluang pada masa akan datang.