Nama |
: NUR AMIRATUL SYAZWANI BINTI MOHD FAUZI |
Umur |
: 10 TAHUN |
Ahli |
: 28 JUN 2018 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan April 2022 pada kali ini adalah tentang seorang pelajar yang suka mengulangkaji pelajaran di PEDi RTP Sungai Ular untuk memenuhi masa terluangnya pada waktu cuti persekolahan. Adik Nur Amiratul Syazwani yang juga dipanggil ‘Ayong’ dalam keluarga dan komuniti setempat merupakan anak sulung daripada 2 beradik dan tinggal di perumahan RTP Sungai Ular sejak dilahirkan lagi. Adik Nur Amiratul Syazwani bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek dalam tahun 4.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum ini Adik Nur Amiratul Syazwani datang ke PEDi RTP Sungai Ular pada asalnya hanyalah untuk menggunakan perkhidmatan cetak dan fotokopi sahaja. Namun begitu, setelah petugas membuat kelas literasi ict, Ayong dan beberapa orang kawannya datang untuk belajar cara menggunakan komputer dan juga mencari bahan-bahan pembelajaran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kekerapan Ayong datang belajar ict bersama dengan petugas sedikit sebanyak dapat menggunakan kemudahan ict dengan baik. Selain itu, Ayong juga boleh memahami bagaimana menggunakan laman sesawang enjin carian untuk mencari bahan-bahan pembelajaran dan juga mengulangkaji pelajaran secara dalam talian. Setelah mengikuti kelas asas ict, Ayong sudah pandai menaip maklumat yang diberikan dengan menggunakan Microsoft Office. Selain itu juga, Ayong boleh menggunakan Google Chrome untuk membuat carian bahan yang diperlukan dalam pembelajaran. Antaranya menggunakan aplikasi e-pembelajaran untuk mengulangkaji pelajaran.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/1591-success-story-celik-it-april-2022#sigFreeId74c24938ee