Nama

 : MOHD ZAFRAN NUFAIL BIN WAHAB

Umur

 : 9 TAHUN

Ahli

 : 28 JULAI 2019

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan pada Januari 2022 untuk bahagian Celik IT kali ini kami memaparkan seorang pelajar yang tinggal di Kampung Keledek, iaitu terletak kira-kira 3KM daripada Pusat Internet Komuniti RTP Sungai Ular. Adik Mohd Zafran  Nufail merupakan pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek dan juga adalah anak sulung daripada empat adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Mohd Zafran pada permulaannya datang ke PEDi RTP Sungai Ular kerana mengikut ibunya membuat cetakan dan juga photocopy. Kebetulan pula PEDi RTP Sungai Ular membuat Kem Interaktif ICT untuk pelajar tahap 1 yang berminat untuk hadir belajar ict dan pembelajaran akademik melalui penggunaan perkhidmatan yang disediakan di sini. Oleh itu, Adik Zafran berminat untuk mendalami kemahiran ict kerana sebelum ini hanya tahu asas yang sedikit sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti Kem Interaktif ICT dengan mempelajari Asas Komputer, Asas Internet dan Asas Microsoft Office, Adik Zafran telah mahir menggunakan dan memahami setiap fungsi komponen dan peralatan komputer yang disediakan di sini. Antaranya, Adik Zafran sudah pandai membuka lembaran kerja untuk menaip maklumat, membuat penyimpanan data ke dalam fail nama yang dicipta. Selain itu, Adik Zafran juga boleh membuat carian info dan maklumat di internet dengan kaedah yang betul dan bijak serta membuat penyimpanan maklumat seperti gambar untuk dimasukkan ke dalam tugasan yang dihasilkannya. PEDi RTP Sungai Ular sangat mengalu-alukan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mempelajari kelas ict yang disediakan kerana ianya sangat bermanfaat untuk sesi pembelajaran mereka pada masa sekarang.