Nama  : Nur Baiti Binti Mohd Nor 
Umur : 37 Tahun 
Ahli  : 2019 

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan menjual pakaian kanak-kanak dan juga membuat kuih tradisional.Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata yang masih kecil.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas kematian suami, beliau pulang ke kampung dan tinggal bersama-sama denan kedua ibu bapanya. Akibat telah lama meninggalkan dunia pekerjaan, menjadi kurang mahir menggunakan komputer apatah lagi untuk mempromosikan produk-produk jualannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun begitu, beliau tidak betah dan terus berusaha untuk menimba ilmu mempromosikan produk dengan lebih efeksyen lagi. Hal ini kerana kehidupan perlu diteruskan demi kelangsungan hidup bersama 3 orang anak yang masih kecil.Oleh sebab itu, beliau telah datang ke  PI RTP Sungai Ular untuk mendapatkan ilmu keusahawanan dan belajar menggunakan computer semula. Setelah dilatih dan diberi tunjuk ajar dan latihan intensif berkaitan dengan Microsoft Office beliau boleh menggunakan perisian tersebut dengan lebih baik. Selain itu juga, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk mempromosikan produk-produk perniagaan tersebut bukan sahaja secara lisan, malahan turut mempromosikan melalui media sosial.