Nama  : Ainun Nadiah Binti Noor Azlan 
 Umur :  30 Tahun
 Ahli : 2019 

 

Latar belakang

Merupakan suri rumah sepenuh masa serta ibu kepada 2 orang cahaya mata.Beliau mengusahakan membuat kek dan pastry secara kecil-kecilan yang diusahakan hanya dari rumah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ainun Nadiah merupakan suri rumah yang pada asalnya hanya menolong ibunya membuat jualan kuih-muih tradisional di sekitar kampong sahaja. Perasaan tidak yakin beliau untuk menjalankan perniagaan dalam talian menyebabkan hasratnya terbantut untuk seketika.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun begitu, setelah mengikuti beberapa kelas asas keusahawan disediakan di PI RTP Sunga Ular, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online. Hal ini kerana beliau telah memasarkan beberapa produk keluarannya menerusi media sosial seperti Facebook, Whatsapp, dan juga Shopee. Antara produk pelbagai jenis kek dan cheesetart mengikut permintaan pelanggan,jagung manis yang ditanam dan dijual secara langsung dan menggunakan pos. Segala teknik yang diajar semasa kelas keusahawanan banyak membantu beliau untuk mempromosikan produk di alam maya.