Nama |
: ALYA ZAHRA BINTI MOHD RASHID |
Umur |
: 9 TAHUN |
Ahli |
: 5 JANUARI 2022 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan pada Februari 2022 pada kali ini kami mengetengahkan seorang pelajar yang merupakan komuniti yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital RTP Sungai Ular. Adik Alya Zahra merupakan pelajar tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek dan juga adalah anak sulung daripada tiga adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Alya Zahra pada asalnya tidak pernah menghadiri apa-apa bengkel ict dan tiada pendedahan berkaitan dengan penggunaan dan peralatan computer kepadanya. Namun begitu, apabila PEDi RTP Sungai Ular membuat Kem Interaktif ICT untuk pelajar tahap 1, adik Alya sangat berminat untuk hadir belajar ict kerana selain dapat belajar ict, penerapan serta kaedah pembelajaran akademik melalui penggunaan ict juga turut diajar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Alya sangat teruja belajar sesuatu yang baru kerana asas yang diajar ini bakal digunakan pada masa akan datang terutamanya dalam menyiapkan tugasan sekolah pemberian para guru. Selepas mengikuti Kem Interaktif ICT dengan mempelajari Asas Komputer, Asas Internet dan Asas Microsoft Office, Adik Alya Zahra telah mahir menggunakan dan memahami setiap fungsi komponen dan peralatan komputer. Adik Alya dapat membuka perisian di computer seperti membuat carian maklumat di enjin carian, memasukkan gambar ke dalam lembaran kerja serta membuat penyimpanan melalui ciptaan fail nama sendiri. Selain itu, Adik Alya juga diajar menggunakan kaedah Klik Dengan Bijak semasa melayari internet bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini kelak.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/1546-success-story-celik-it-feb-2022#sigFreeIde69fb5acef