Nama

 : ALYA NUR ZAHRA BINTI RASHID

Umur

 : 10 TAHUN

Ahli

 : 07 JANUARI 2022

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT bagi bulan Mac 2023  adalah adik Alya Nur Zahra Binti Rashid yang berumur 10 tahun ,darjah 4 bagi tahun 2023 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek. Adik Alya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Beliau terpilih bagi bulan Mac atas kerajinan hadir ke kelas dan minat beliau yang tinggi dalam setiap pembelajaran ICT yang di ajar di PEDi setiap kali petugas mengadakan kelas pada musim cuti sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Bermula dari Januari 2022 setelah menjadi ahli PEDi RTP Sg.Ular, Adik Alya akan sentiasa mengikuti kelas anjuran PEDi setiap kali cuti sekolah.Ibunya sentiasa mengikuti iklan kem cuti sekolah di FB PEDi dan hantaran dalam wasap group sekolah. Walaupun adik Alya diberi pendedahan penggunaan gajet seperti telefon pintar,namun ia berbeza dengan penggunaan tetikus dan keyboard untuk menaip di desktop,jadi adik Alya sangat teruja untuk meneroka penggunaan alatan tersebut apabila beliau menaip dan membaca menggunakan PC.  Banyak perkara asas mengenai komputer telah dipelajari, terutamanya apabila dipraktikkan kaedah pembelajaran setiap subjek di sekolah dengan menggunakan computer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hasilnya selepas beberapa kali mengikuti kelas, adik Alya boleh mengendalikan komputer dengan baik. Selain itu, adik Alya turut memahami bagaimana menggunakan Microsoft Office untuk menaip, membuat persembahan dan excel,selain Google Chrome untuk membuat carian bahan yang diperlukan dalam pembelajaran serta dapat menggunakan aplikasi canva untuk merekabentuk poster dan lain-lain. Semoga Adik Alya dan kawan-kawannya terus sukses dalam pembelajaran pada masa akan datang.

330338889 723424672906072 6181944408406803831 n  334939748 2372797769564269 8957119576309185113 n 334653540 862855678149062 2754328460065274864 n