Nama |
: MUHAMAD HAZIQ IZZUDDIN BIN MUHAMAD ASRI |
Umur |
: 14 TAHUN |
Ahli |
: 30 Disember 2016 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan Celik IT bagi bulan Q2 2024 adalah adik Muhammad Haziq Izzudin bin Mohd Asri yang berumur 14 tahun ,Tingkatan 2 bagi tahun 202 dan kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ringlet Cameron Highlands. Adik Haziq merupakan anak kedua daripada 2 orang adik beradik. Beliau terpilih bagi bulan ini atas kerajinan hadir ke kelas pada cuti sekolah apabila pulang ke kampung RTP Sg.Ular dan minat beliau yang tinggi dalam setiap pembelajaran ICT yang di ajar di NADI setiap kali petugas mengadakan kelas pada musim cuti sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Bermula dari sekolah rendah lagi setelah menjadi ahli NADI RTP Sg.Ular, Adik Haziq akan sentiasa mengikuti kelas anjuran NADI setiap kali cuti sekolah ahad sahaja. Ini kerana pada masa itu beliau hanya dapat pergi ke NADI apabila abangnya pergi ke NADI untuk belajar ICT dan masa yang ada terhad , namun setelah sekolah menengah beliau terpaksa pula berpindah mengikut ibunya . Oleh kerana itu, Ibunya perlu sentiasa mengikuti iklan kem cuti sekolah di FB NADI dan hantaran dalam wasap group . Dengan itu apabila pulang ke kampung cuti sekolah beliau akan pastikan adik Haziq mengikuti kelas ICT di NADI. Walaupun adik haziq diberi pendedahan penggunaan gajet seperti telefon pintar,namun ia berbeza dengan penggunaan tetikus dan keyboard untuk menaip di desktop,jadi adik Haziq sangat teruja untuk meneroka penggunaan alatan tersebut apabila beliau menaip dan membaca menggunakan PC. Banyak perkara asas mengenai komputer telah dipelajari, terutamanya apabila dipraktikkan kaedah pembelajaran setiap subjek di sekolah dengan menggunakan computer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Hasilnya selepas beberapa kali mengikuti kelas, adik Haziq boleh mengendalikan komputer dengan baik. Selain itu, adik Haziq turut memahami bagaimana menggunakan Microsoft Office untuk menaip, membuat persembahan dan excel,selain Microsoft Edge untuk membuat carian bahan yang diperlukan dalam pembelajaran serta dapat menggunakan aplikasi canva untuk merekabentuk poster menggunakan canva dan lain-lain. Semoga Adik Haziq dan kawan-kawannya terus sukses dalam pembelajaran pada masa akan datang.
{gallery}MEI_2024/successstoryit{/gallery}