Nama |
: NUR AZMINA BALQIS BINTI MOHD YUZAINI |
Umur |
: 9 TAHUN |
Ahli |
: 16 JANUARI 2019 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan Februari 2023 pada kali ini adalah berkisar tentang seorang pelajar yang sering berulang-alik mengunjungi PEDi RTP Sungai Ular, terutamanya membuat ulangkaji pelajaran menggunakan kemudahan internet di komputer. Adik Azmina adalah pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek dan juga adalah anak kedua daripada lima adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Azmina pada asalnya hanya menemani kakaknya belajar membaca secara dalam talian kerana pada masa itu dan masih takut-takut untuk menggunakan komputer. Oleh hal yang demikian, adik Azmina kurang pendedahan kepada penggunaan komputer. Oleh itu, setiap kali cuti persekolahan, petugas PEDi RTP Sungai Ular telah membuat Kem Interaktif ICT untuk pelajar, Adik Azmina tidak melepaskan peluang mengikuti kelas mengikut tersebut. Banyak perkara asas mengenai komputer telah dipelajari, terutamanya apabila dipraktikkan kaedah pembelajaran setiap subjek di sekolah dengan menggunakan computer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Hasilnya selepas beberapa kali mengikuti kelas, adik Azmina boleh mengendalikan komputer dengan baik. Selain itu, adik Azmina turut memahami bagaimana menggunakan Microsoft Word untuk menaip, Google Chrome untuk membuat carian bahan yang diperlukan dalam pembelajaran serta dapat menggunakan aplikasi e-pembelajaran untuk mengulangkaji pelajaran. Semoga Adik Azmina dan kawan-kawannya terus sukses dalam pembelajaran pada masa akan datang.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/1833-success-story-celik-it-februari-2023#sigFreeIdd669d5e821