Nama

 : NUR AINA NADHIRAH BINTI MOHD FAUZI

Umur

 : 10 TAHUN

Ahli

 : 26 JUN 2018

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan Q1 (Jan-Mac) 2024 pada kali ini kami berkisar tentang seorang pelajar yang berulang-alik mengunjungi NADI RTP Sungai Ular untuk belajar menggunakan komputer. Adik AINA adalah pelajar tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek dan juga adalah anak keduadaripada 2orang adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Aina hanya datang untuk teman kakaknya belajar ICT dari tahun 1 lagi. Oleh kerana, minatnya setelah mengikut kakaknya dan menyertai kelas ICT setiap minggu  adik Aina yang kurang pendedahan kepada penggunaan komputer mula berminat untuk sertai kelas bersama pelajar tahap 2. Sempena cuti persekolahan baru-baru ini, NADI RTP Sungai Ular telah membuat Kem Interaktif ICT untuk pelajar tahap 1, jadi adik Aina tidak melepaskan peluang mengikuti kelas asas ict yang telah dijadualkan. Banyak perkara asas mengenai komputer telah dipelajari, terutamanya apabila dipraktikkan kaedah pembelajaran dalam talian untuk setiap subjek di sekolah dengan menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hasilnya selepas beberapa kali mengikuti kelas, adik Aina boleh mengendalikan komputer dengan baik. Selain itu, adik Aina telah menyertai kelas e-tuisyen secara atas talian kelas Matematik setiap sabtu. Setelah itu, beliau turut memahami bagaimana menggunakan Microsoft Word untuk menaip, Google Chrome untuk membuat carian bahan yang diperlukan dalam pembelajaran. Antaranya menggunakan aplikasi e-pembelajaran untuk mengulangkaji pelajaran. Lebih-lebih lagi penggunaan komputer dan internet semakin rancak digunakan dalam sesi pembelajaran masa kini.