Nama

 : NUR A'ISYAH SAFFIYA BIN TAJUDIN 

Umur

 : 12 TAHUN

Ahli

 : 30 Disember 2016

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT bagi bulan Julai 2023  adalah adik Nur Aisyah Saffiya binti Tajudin yang berusia 12 tahun ,darjah 6 bagi tahun 2023 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek. Adik A'isyah merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Beliau terpilih bagi bulan Julai atas kerajinan hadir ke kelas dan minat beliau yang tinggi dalam setiap pembelajaran ICT yang di ajar di PEDi setiap kali petugas mengadakan kelas di PEDi..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Bermula dari umur 6 tahun lagi dan setelah menjadi ahli PEDi RTP Sg.Ular, Adik A'isyah akan sentiasa mengikuti kelas anjuran PEDi setiap kali cuti sekolah. Walaupun adik A'isyah diberi pendedahan penggunaan gajet seperti telefon pintar,namun ia berbeza dengan penggunaan tetikus dan keyboard untuk menaip di desktop,jadi adik A'syah sangat teruja untuk meneroka penggunaan alatan tersebut apabila beliau menaip dan membaca menggunakan PC.  Banyak perkara asas mengenai komputer telah dipelajari, terutamanya apabila dipraktikkan kaedah pembelajaran setiap subjek di sekolah dengan menggunakan computer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hasilnya selepas beberapa sentiasa mengikuti kelas, adik A'isyah boleh mengendalikan komputer dengan baik. Selain itu, adik A'isyah juga  memahami bagaimana menggunakan Microsoft Office untuk menaip, membuat persembahan dan excel,selain Google Chrome untuk membuat carian bahan yang diperlukan dalam pembelajaran serta dapat menggunakan aplikasi canva untuk merekabentuk poster dan lain-lain.  Di samping itu beliau juga turut boleh mengajar pelajar lain di tahap 1 dan membantu petugas untuk mengajar pelajar yang baru mempelajari komputer. Semoga Adik A'isyah dan kawan-kawannya terus sukses dalam pembelajaran pada masa akan datang.

 

  aisyah aisyah4aisyah2  aisyh3