Nama 

: NUR MUHANIZAH BINTI MUHAMAD

 Umur

:  40 Tahun

 Ahli

: 2014

Latar belakang

Puan Nur merupakan seorang suri rumah sepenuh masa setelah mengikut suami bekerja di Ladang Bukit Puteri. Ibu kepada 3 orang cahaya mata ini tidak betah duduk diam setelah anak mula bersekolah,beliau mula mengikuti kelas online  PJJ buat donut dan pizza setelah mendapati anak-anak suka makan pizza dan donut. Bermula dari minat untuk belajar kepada keluarga beliau meluaskan ilmu yang dipelajari untuk menambah pendapatan dan membantu suami. Kini produk beliau bukan sahaja dikenali disekitar kawasan rumah ladang, beliau telah meluaskan jualan sehingga kawasan Jelai dan Lipis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada permulaan jualan Puan Nur menghantar donut dan mini pizza di kedai-kedai makan sekitar kawasan kampung dan menerima tempahan secara kecil-kecilan untuk rakan terdekat apabila ada majlis keraian. Setelah mengenali PEDi  apabila mengikuti kursus Pengendalian Makanan secara atas talian di PEDi RTP Sg.Ular beliau terus mengorak langkah dengan menyertai kelas-kelas usahawan Digital di PEDi dan bertanya secara terus kepada petugas untuk menjual secara online seterusnya memberanikan diri untuk menjual secara atas talian dengan menerima tempahan daripada pelanggan yang berminat membeli produk beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti beberapa kelas asas keusahawan Digital disediakan di PEDi RTP Sunga Ular, kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau semakin yakin untuk mengembangkan perniagaan secara atas talian di Media seperti shopee,Facebook,Instagram, whatsapp status dan group serta yang terbaru beliau menggunakan aplikasi Tiktok untuk meluaskan pasaran atas talian. Selain pemasaran produk atas talian, beliau juga belajar ambil gambar dan video serta design poster produk dan logo menggunakan aplikasi canva untuk menarik pandangan pelanggan. Segala kemahiran yang dipelajari  semasa kelas keusahawanan banyak membantu beliau untuk mempromosikan produk di alam maya. Pertama kalinya pada oktober 2022 beliau mengikuti PEDi untuk jualan dan pameran di program Komuniti orang ramai di Dataran Felda Sg.Koyan 1 dan rezeki beliau pada hari tersebut  beliau telah memenangi tempat ketiga Anugerah Usahawan Digital PEDi Kluster Lipis sempena program Perasmian PEDi Felda Sg. Koyan 1 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang.

 

Nurhomemade by Nur Muhanizah
 
 

144060449 3641769909233331 3258867196150831303 n 143888822 3641771042566551 2190097169593087841 n 313889499 5545345322209104 8108203430380334297 n  313429932 5548763411867295 505217968031530987 n